Sepanyol ganti Finalissima dengan perlawanan persahabatan menentang Serbia

Sepanyol ganti Finalissima dengan perlawanan persahabatan menentang Serbia

Sepanyol ganti Finalissima dengan perlawanan persahabatan menentang Serbia
Pasukan kebangsaan Sepanyol.

Barcelona: Juara Euro 2024, Sepanyol akan berdepan Serbia dalam perlawanan persahabatan pada 27 Mac bagi menggantikan perlawanan Finalissima menentang Argentina di Qatar yang dibatalkan, sebahagiannya akibat perang di Timur Tengah.

“Skuad kebangsaan akan bergerak ke bandar Castellon untuk menghadapi pasukan Balkan dalam perlawanan mencabar,” menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol.

Perlawanan akan diadakan di Estadio de la Ceramica milik Villarreal.

Sepanyol sepatutnya berdepan Lionel Messi dan Argentina di Doha, tetapi kerana perang yang tercetus susulan serangan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Februari laly terhadap Iran, penganjur perlu mencari lokasi atau tarikh alternatif.

UEFA mengesahkan pada Ahad bahawa Argentina tidak menerima sebarang cadangan alternatif yang ditawarkan, menyebabkan perlawanan dibatalkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas


Finalissima, yang mula dipertandingkan sejak 2022, mempertemukan juara Copa America dan juara Kejohanan Eropah.

Skuad bimbingan Luis de la Fuente dijadualkan turut menentang Mesir di Qatar pada 30 Mac dalam perlawanan persahabatan, dengan laporan media Sepanyol menyatakan mereka mungkin tetap bermain tetapi di lokasi alternatif dalam Sepanyol dan sehari kemudian daripada tarikh asal.

Sepanyol antara pasukan pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia musim panas ini di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Sepanyol ganti Finalissima dengan perlawanan persahabatan menentang Serbia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker