Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL
Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, memimpin program sumbangan makanan kepada golongan gelandangan sekitar ibu negara, baru-baru ini.
Gerak kerja yang dilaksana ini turut melibatkan Exco Pergerakan Puteri UMNO dengan agihan pemberian pek makanan kepada mereka yang memerlukan serta pertemuan secara langsung bagi menyantuni mereka.
Dalam program tersebut, Nurul Amal menekankan kepentingan keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik, walaupun kehidupan seharian penuh kesibukan.
“Kadang-kadang bukan sekadar bantuan material yang mereka harapkan, tetapi juga kefahaman, kasih sayang dan kehadiran kita sebagai masyarakat yang peduli,” katanya.

Beliau berharap agar sumbangan dan pertemuan seperti ini mampu memberi sedikit kelegaan kepada golongan memerlukan serta mengingatkan masyarakat tentang kepentingan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.
Nurul Amal turut menegaskan bahawa usaha kecil ini merupakan salah satu daripada banyak inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran sosial dan membina komuniti yang lebih prihatin. – UMNO Online
Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
- #PemudaSpeaks Jadi Ruang Dialog Santai Pemuda Damansara
- Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas
You must be logged in to post a comment.