Pemain United mahu Casemiro kekal di Old Trafford

Pemain United mahu Casemiro kekal di Old Trafford

Pemain United mahu Casemiro kekal di Old Trafford
CARRICK mengucapkan tahniah kepada Casemiro selepas tamat perlawanan menentang Aston Villa. FOTO Reuters

London: Skuad Manchester United sangat berharap Casemiro kekal di Old Trafford sebelum pemain tengah itu mengumumkan niatnya untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim ini, menurut Leny Yoro, semalam.

Penyokong United melaungkan ‘setahun lagi’ kepada pemain Brazil itu selepas dia menjaringkan gol ketika menewaskan Aston Villa 3-1, kelmarin.

Sumber memberitahu ESPN bahawa kemungkinan besar keputusan itu tidak akan berubah, tetapi Yoro mendedahkan rakan sepasukan mahu kelab mengekalkan pemain berusia 34 tahun itu.

“Semua orang mahu dia kekal, dia seorang pemain yang sangat penting untuk kami,” kata Yoro yang juga tonggak pertahanan United.

“Bahkan di bilik persalinan, setiap hari, dia mempunyai pengalaman yang tiada siapa lagi dalam pasukan ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas


“Dia memenangi segalanya, jadi ini banyak membantu kami dalam perlawanan dan juga di luar padang.”

United masih mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak Casemiro selama setahun lagi, walaupun pada Januari lalu dipersetujui secara bersama bahawa dia akan meninggalkan kelab pada musim panas.

Walaupun menjadi pemain penting dalam kebangkitan pasukan di bawah Michael Carrick, beliau memberi petunjuk bahawa keputusan itu tidak akan diputar semula.

“Saya rasa apabila sesuatu telah diputuskan, keadaan sedikit lebih mudah dan semua orang benar-benar memahami situasinya,” kata Carrick.

“Saya rasa impak yang dia berikan amat hebat, terutama sejak saya berada di sini dan bekerja dengannya, pengaruhnya dalam pasukan serta dalam momen besar dan jaringan gol.”

Pemain United mahu Casemiro kekal di Old Trafford


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker