Jun Hao ada ‘ramuan’ lawan elit dunia

Jun Hao ada ‘ramuan’ lawan elit dunia

Jun Hao ada 'ramuan' lawan elit dunia
JUN Hao turut memberi tumpuan kepada proses pemulihan. FOTO NABILA ADLINA AZAHARI

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengakui dia memiliki semua ‘ramuan’ untuk menyaingi pemain elit dunia, namun perkara paling penting ketika ini adalah memastikan dirinya mampu mengekalkan tahap konsistensi dalam setiap perlawanan.

Menurut Jun Hao, untuk menewaskan pemain ranking tertinggi dunia bukan sekadar bergantung kepada satu atau dua aspek sahaja, sebaliknya memerlukan peningkatan menyeluruh dalam permainannya.

“Saya rasa secara keseluruhan, semua kemampuan itu harus ada. Sebab nak kalahkan pemain terbaik ini bukan senang, bukannya sekadar satu atau dua perkara sahaja. Jadi saya rasa perlu perbaiki secara keseluruhan,” katanya.

Pada aksi Seluruh England baru-baru ini, Jun Hao mencatat keputusan positif apabila menewaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto di pusingan pertama sebelum langkahnya terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada rakan senegara Nishimoto, Koki Watanabe.

Mengulas kekalahan itu, Jun Hao berkata lawannya tampil dengan perancangan permainan yang berbeza berbanding pertemuan mereka sebelum ini sekali gus menyukarkannya untuk mengawal rentak perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas


“Saya rasa hari itu dia bermain dengan lebih lancar dan perancangannya juga agak berbeza daripada perlawanan kami sebelum ini. Saya perlu cepat menyesuaikan diri. Kalau lawan tukar strategi, kita juga perlu ada perancangan baharu.

“Mungkin pada hari itu apa yang dirancang kurang menyukarkan dia,” katanya.

Dalam masa sama, Jun Hao mengakui prestasinya ketika ini masih belum cukup konsisten walaupun sudah membuktikan mampu menewaskan pemain ternama dunia.

“Memang ada sedikit perkara itu. Sekarang ini kami sedang berbincang dan cuba mencari cara supaya saya boleh lebih konsisten untuk terus menewaskan pemain terbaik,” katanya.

Malah, walaupun ranking dunianya kini meningkat ke tangga ke-23, Jun Hao tetap berharap dapat menampilkan persembahan lebih stabil dalam kejohanan akan datang.

Ketika ini, Jun Hao turut memberi tumpuan kepada proses pemulihan sebelum kembali meningkatkan intensiti latihan menjelang beberapa kejohanan penting termasuk Piala Thomas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO


“Buat masa ini fokus untuk pulih dahulu. Masih ada beberapa minggu sebelum Piala Thomas, jadi minggu depan kami akan bincang dengan jurulatih mengenai perancangan seterusnya,” katanya.

Mengulas undian Kejohanan Badminton Asia (BAC), Jun Hao berkata, dia bersedia berdepan mana-mana lawan walaupun mengakui undian yang baik mampu memberi sedikit kelebihan.

“Sudah tentu undian yang baik membantu, tetapi apa pun undian kita tetap perlu bermain. Jika dapat keputusan yang baik, ia juga boleh membantu meningkatkan ranking,” katanya.

Jun Hao ada ‘ramuan’ lawan elit dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker