Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kerajaan Negeri Johor menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga pada 10 Mac lalu, memandangkan siasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, masyarakat perlu memberi ruang kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa gangguan daripada penyebaran maklumat yang belum disahkan.

Menurut beliau, penyebaran berita yang tidak tepat bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai malah berpotensi menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya warga sekolah dan ibu bapa murid.

“Orang ramai diminta supaya tidak membuat andaian sendiri atau berkongsi maklumat yang tidak sahih di media sosial kerana perkara ini boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian yang didakwa melibatkan seorang guru besar yang memukul murid Tahun Satu di sekolah berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO


Aznan turut memaklumkan bahawa beberapa saksi termasuk guru-guru di sekolah tersebut telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara bagi membantu siasatan.

Dalam masa sama, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru turut menyalurkan maklumat berkaitan guru besar terbabit kepada pegawai penyiasat bagi melengkapkan proses siasatan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa serta tidak menyebarkan sebarang berita yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. – UMNO Online

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker