Beregu muda masih berpeluang ke Piala Thomas jika juara BAC

Beregu muda masih berpeluang ke Piala Thomas jika juara BAC

Beregu muda masih berpeluang ke Piala Thomas jika juara BAC
MARCUS (kiri) ketika sesi latihan bersama pemain badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Peluang masih terbuka buat beregu muda negara seperti Wan Arif Junaidi-Yap Roy King serta Aaron Tai-Kang Khai Xing untuk menembusi skuad Piala Thomas 2026, namun mereka perlu membuktikan kemampuan dengan merangkul gelaran juara terlebih dahulu.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky berkata, ketika ini Malaysia sudah memiliki tiga pasangan yang berada pada tahap terbaik berdasarkan prestasi dan ranking dunia.

Beliau berkata, tiga pasangan itu adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang dilihat berada di depan dalam senarai pilihan.

Namun, katanya, Arif-Roy King tetap berpeluang sekiranya berjaya bergelar juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China dari 7 hingga 12 April ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas


“Kalau kita lihat sekarang dari segi ranking dan prestasi, kita sudah ada tiga pasangan yang cukup baik iaitu Aaron-Wooi Yik, Man-Kai Wun dan juga Sze Fei-Izzuddin.

“Tapi jika Arif-Roy King boleh buktikan kemampuan dan mungkin muncul juara di BAC, sudah tentu peluang itu ada,” katanya.

Rexy menjelaskan, keputusan pemilihan ke Piala Thomas bukan hanya bergantung kepada ranking semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira prestasi semasa pemain.

Justeru, katanya, jika beregu muda mahu mengisi kekosongan dalam skuad negara, mereka perlu menghasilkan sesuatu yang luar biasa bagi meyakinkan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi untuk mempertimbangkan nama mereka dalam pasukan.

Sementara itu, sesi latihan beregu lelaki hari ini menjadi tumpuan apabila bekas pemain nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon hadir sebagai rakan sepelatih.

Menurut Rexy, kehadiran Marcus Fernaldi itu sedikit sebanyak bakal memberi manfaat khususnya kepada pemain beregu muda negara.

“Pada usia 35 tahun, dia masih boleh memberikan saingan yang berkualiti kepada pemain kita.

“Jadi saya harap pemain kita khususnya yang muda mampu mengambil kesempatan ini untuk belajar dari Gideon,” katanya.

Beregu muda masih berpeluang ke Piala Thomas jika juara BAC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker