Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol
Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol

PENAMPANG, 16 Mac – Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub, berkesempatan menghadiri program berbuka puasa bersama anjuran warga Sekolah Kebangsaan Kampung Contoh (SK Kampung Contoh) di Petagas, baru-baru ini.
Program yang diadakan dalam suasana Ramadan itu menghimpunkan guru-guru, pelajar, ibu bapa, dan komuniti setempat. Majlis bukan sahaja memberi peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama, tetapi turut menjadi platform penting bagi menguatkan hubungan silaturahim dan berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat.
Menurut Mohd Hasnol, program berbuka puasa bersama sebegini membawa banyak manfaat selain daripada aspek keagamaan.
“Berbuka puasa bersama warga sekolah dan komuniti memberi ruang untuk kita memperkukuh silaturahim serta berkongsi rezeki. Majlis seperti ini amat bermakna kerana ia menggalakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak pelajar, khususnya pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
- Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang
- 1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat

“Semoga Ramadan ini menjadi bulan yang diberkati, mempererat ukhuwah antara sekolah dan komuniti serta memberi keberkatan kepada setiap usaha murni yang dijalankan,” tambah Mohd Hasnol.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran pelajar PPKI, guru, ibu bapa, dan penduduk setempat yang sama-sama memeriahkan suasana berbuka puasa. – UMNO Online
Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
- #PemudaSpeaks Jadi Ruang Dialog Santai Pemuda Damansara
- Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas
You must be logged in to post a comment.