BAM boleh guna Stadium Juara sebagai tambahan – Taufiq
BAM boleh guna Stadium Juara sebagai tambahan – Taufiq

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka mengadakan kerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memperkukuh kem latihan badminton negara termasuk usaha mendapatkan Stadium Juara di Bukit Kiara sebagai fasiliti tambahan buat pemain.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan awal bersama kepimpinan BAM dua minggu lalu bagi meneliti beberapa cadangan termasuk penggunaan stadium berkenaan.
Menurutnya, Stadium Juara dilihat mempunyai kelebihan tersendiri terutama dari segi lokasi yang lebih dekat serta mampu memudahkan urusan logistik pemain dan jurulatih.
“Stadium itu dekat dan dari segi pengangkutan serta logistik juga lebih mudah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
- #PemudaSpeaks Jadi Ruang Dialog Santai Pemuda Damansara
- Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar
Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas
Pada lawatan itu, Ahli Parlimen Sungai Petani itu sempat melawat fasiliti yang dimiliki ABM selain bermesra bersama pemain kebangsaan.
Beliau berkata, KBS turut memanggil Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi mencari keputusan terbaik berkaitan perkara itu.
Katanya, keputusan lanjut berhubung cadangan berkenaan dijangka dimuktamadkan selepas Aidilfitri demi memastikan kebajikan serta keperluan atlet diberi perhatian sewajarnya.
“Yang penting kita mahu memastikan atlet mendapat kemudahan terbaik supaya latihan mereka dapat berjalan lebih lancar,” katanya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan isu tambahan bajet yang dibangkitkan BAM masih dalam fasa perbincangan dengan kementerian terbuka meneliti sebarang cadangan bagi memperkukuh pembangunan badminton negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
- Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang
- 1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
“Kita menggalakkan BAM mendapatkan tajaan daripada pihak lain, namun KBS akan menilai segala cadangan termasuk berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi mencari jalan terbaik membantu pembangunan sukan ini,” katanya.
BAM boleh guna Stadium Juara sebagai tambahan – Taufiq
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Fokus Pada Perpaduan, Bukan Gelaran “Abang Besar” – Mohd Razlan
- Berbuka Puasa Bersama Pererat Silaturahim, Kongsi Rezeki – Mohd Hasnol
- Pergerakan Puteri UMNO Sumbang Makanan Kepada Golongan Gelandangan Di KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Insiden Sekolah – Aznan Tamin
You must be logged in to post a comment.