Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Semangat kebersamaan antara UMNO Bahagian Baling dan masyarakat setempat terus terserlah apabila program kebajikan yang dilaksanakan parti itu sentiasa memberi keutamaan kepada golongan memerlukan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meneruskan program Ziarah Kasih dengan turun padang menyantuni keluarga-keluarga asnaf di beberapa kawasan sekitar Baling, sekali gus menzahirkan komitmen UMNO Baling yang sentiasa bersama masyarakat dalam apa jua keadaan.
Berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadan melabuhkan tirainya, program tersebut diteruskan bagi memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir, selain membantu meringankan beban golongan berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah, hari ini kita meneruskan Program Ziarah Kasih dengan menyantuni keluarga asnaf di PDM Seberang Pekan Baling, PDM Bongor Masjid dan PDM Bongor Sekolah yang melibatkan hampir 10 buah kampung di sekitar kawasan ini,” katanya kepada UMNO-Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
Tambah beliau, program tersebut bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah menjadi platform untuk mendengar sendiri pandangan serta keperluan rakyat supaya bantuan yang diberikan benar-benar memberi manfaat kepada mereka.
Melalui program seperti ini tambahnya lagi, hubungan antara kepimpinan parti dan masyarakat terus diperkukuh, sekali gus memperlihatkan bahawa UMNO Baling kekal komited memperjuangkan kebajikan rakyat.- UMNO Online
https://vm.tiktok.com/ZS9dEoeRh266A-kx2ui/ This post is shared via TikTok Lite. Download TikTok Lite to enjoy more posts: https://www.tiktok.com/tiktoklite
Ziarah Kasih Ramadan: UMNO Baling Terus Dekati Rakyat, Santuni Asnaf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
- Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang
- 1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.