Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menyifatkan kenyataan Presiden Pas berhubung gagasan Rumah Bangsa sebagai gambaran jelas sikap pihak tertentu yang tidak senang melihat usaha penyatuan umat Melayu dan Islam.

Jelasnya, kenyataan tersebut memperlihatkan seolah-olah ada pihak yang ‘tidak senang duduk’ apabila wujud usaha membawa keharmonian dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam kalangan orang Melayu dan Islam.

“Apa yang hendak diperkatakan oleh Presiden Pas mencerminkan bahawa mereka sebenarnya tidak senang duduk melihat apabila berlaku keharmonian. Mereka tidak suka melihat orang lain senang dan tidak mahu melihat orang Melayu/Islam bersatu padu, tetapi di luar sana beliau meluahkan orang Islam harus berpadu. Inilah jenis manusia yang lebih penting politik daripada kepentingan rakyat dan masa depan negara.

“Sebagai orang lama, nombor satu dalam parti Pas, cukup matang, faham politik dan yang lebih penting adalah orang yang beriman, sepatutnya tidak perlu menyatakan Rumah Bangsa ini berhantu. Kita tidak boleh mendahului Allah SWT dan apakah perkara yang akan berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar


“Apakah benar beliau boleh menuduh bahawa Rumah Bangsa itu berhantu ataupun mengkafir orang, malah asal mengkafir orang itu pun berasal dari parti mereka,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah Tengku Azman lagi, sebagai rakyat biasa harus buka mata dan minda tentang kenyataan sebegini.

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas

“Kita sudah tahun 2026 takkan masih tergamak lagi perkara-perkara macam ini. Jadi sekarang ini niat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah untuk menyatukan umat Islam yang sekian lama terpecah akibat politik.

“Cubalah berubah sikit perangai menjadi pemimpin yang suka menegur atau pun ditegur untuk membina daripada suka mengkritik untuk menghina. Jadi ubahlah perangai itu sebaik-baiknya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, kata beliau tindakan mengutuk atau mengejek usaha pembinaan Rumah Bangsa selepas meninggalkan parti hanya menunjukkan sikap tidak matang dan tidak membantu kepada usaha penyatuan orang Melayu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan


“Sekiranya bagi bekas-bekas ahli parti yang memilih untuk berada di luar, UMNO menghormati keputusan mereka. Tidak perlu mengutuk mahu pun mengejek.

“Kalau sudah memilih jalan sendiri, teruskanlah dengan perjuangan masing-masing. Tidak perlu menoleh ke belakang hanya untuk menabur sinis terhadap usaha yang sedang kita bina.”

Tegasnya lagi, sepanjang hampir 80 tahun penubuhan UMNO telah membuktikan keupayaannya menyatupadukan orang Melayu dan Islam selain merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di negara ini. – UMNO Online

Tak Senang Duduk Bila Melayu Berpadu, Tengku Azman Selar Kenyataan Presiden Pas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker