Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar

Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar

Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar

KOTA SAMARAHAN, 15 Mac – Kerajaan MADANI bersetuju menaikkan kadar Bantuan Tanam Semula Getah kepada RM23,000 bagi setiap hektar sebagai usaha memperkukuh sektor pekebun kecil serta menjamin masa depan komuniti tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peningkatan itu melibatkan tambahan sebanyak RM8,915 atau 55 peratus berbanding kadar sebelumnya bagi membantu pekebun kecil meneruskan usaha mereka dengan lebih yakin.

Menurut beliau, pekebun kecil merupakan antara golongan penting yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara serta memastikan kelangsungan sumber rezeki keluarga mereka.

“Bagi saya, pekebun kecil merupakan antara wira sebenar negara. Mereka bangun seawal pagi, menoreh getah dan mengusahakan tanah dengan penuh kesabaran demi memastikan keluarga terus mempunyai sumber rezeki.

“Justeru, Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta RISDA akan terus berusaha memastikan kebajikan dan masa depan komuniti pekebun kecil sentiasa terbela,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan


Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak di Kampung Niup, Kota Samarahan, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, inisiatif tersebut diharap dapat memberi kelegaan kepada pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti serta menjamin kelangsungan sektor getah negara.

Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar


“Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Tanam Semula Getah kepada RM23,000 bagi setiap hektar. Mudah-mudahan ikhtiar ini dapat membantu pekebun kecil meneruskan usaha mereka dengan lebih yakin dan terjamin,” katanya lagi.

Dalam masa sama, beliau yang juga Presiden UMNO turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri KKDW merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, atas usaha menyantuni masyarakat setempat serta sambutan mesra yang diberikan kepada rombongan kerajaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada RISDA selaku agensi pelaksana serta seluruh pekebun kecil yang hadir memeriahkan program berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar


Ahmad Zahid berkata pertemuan bersama masyarakat di Kampung Niup dalam suasana sepuluh malam terakhir Ramadan itu memberi makna tersendiri dan memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.

“Semoga silaturahim yang terjalin ini terus berkekalan. Terima kasih kepada rakyat Sarawak atas sambutan yang penuh kemesraan,” katanya. – UMNO Online

Kerajaan Madani Naikkan Bantuan Tanam Semula Getah Kepada RM23,000 Sehektar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker