UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat

JOHOR BAHRU, 14 Mac – Johor menerima baik cadangan yang dikemukakan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempertimbangkan semula kemasukan ahli yang sebelum ini digantung atau dipecat daripada parti menerusi Rumah Bangsa.
Pengerusi UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya di peringkat negeri terbuka terhadap mana-mana individu, khususnya dari Johor yang menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO.
“Kepada mereka dari Johor yang telah membuat kenyataan untuk kembali kepada UMNO, di peringkat UMNO Johor kami terima dengan baik, namun keputusan muktamad akan dibuat di peringkat Majlis Tertinggi parti. Itu melalui Rumah Bangsa,” katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Dr Ahmad Maslan serta Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
Onn Hafiz ketika mengulas mengenai persiapan menghadapi pilihan raya berkata pelbagai perkara sedang diambil kira namun tumpuan utama ketika ini adalah usaha membantu rakyat yang sedang berdepan pelbagai cabaran.
“Pada masa ini, kami sedar rakyat sedang berdepan kesukaran dan terdapat pelbagai isu yang perlu diselesaikan. Jadi, tiada ketetapan bila ia perlu diadakan dan sebagainya,” katanya.
Pada Khamis lepas, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi hantaran video berdurasi 2.42 minit di Facebooknya menyatakan kesediaan untuk kembali aktif berjuang dalam parti itu sekiranya penggantungan keahlian beliau ditarik balik oleh pucuk pimpinan.
Ahli Parlimen Sembrong itu menyifatkan kenyataan Presiden UMNO yang membuka ruang untuk menerima semula ahli digantung, dipecat atau meninggalkan parti tanpa syarat sebagai satu penghargaan yang amat bermakna. – BERNAMA
UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali
- Program Deco Wanita UMNO Bawa Keceriaan Kepada Penduduk
- Rumah Bangsa: Kenyataan Sanusi Perlihat Kegusaran Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan
You must be logged in to post a comment.