Treler kemalangan dengan 3 kenderaan, trafik sesak sehingga 9km

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata 12 mangsa terbabit kejadian itu termasuk kanak-kanak, dengan beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan dan ada antaranya yang parah.
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan jam 3.12 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja penyelamatan.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan, iaitu Hyundai Elantra, Proton X70 dan Honda BRV, serta sebuah treler yang membawa muatan barangan pasar raya. Dua mangsa didapati tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.
“Daripada 12 mangsa, tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menaiki kereta Honda BRV. Mangsa lelaki berusia 42 tahun cedera parah, manakala wanita dan kanak-kanak cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali
- Program Deco Wanita UMNO Bawa Keceriaan Kepada Penduduk
- Rumah Bangsa: Kenyataan Sanusi Perlihat Kegusaran Politik
Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan
Bagaimanapun, John berkata maklumat dan keadaan mangsa dalam dua lagi kenderaan iaitu Hyundai Elantra dan Proton X70 yang masing-masing dinaiki empat orang serta pemandu lori tidak dapat dipastikan.

Beliau berkata pihaknya mengambil tindakan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat, manakala kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat pada 5.17 petang.
Treler kemalangan dengan 3 kenderaan, trafik sesak sehingga 9km
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Cadangan Terima Semula Ahli Digantung Atau Dipecat
- Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang
- 1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.