Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO

ALOR SETAR, 14 Mac – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak perlu mencampuri urusan UMNO untuk menyatupadukan bekas ahlinya di bawah inisiatif Rumah Bangsa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau pelik dengan sikap Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dan Perikatan Nasional (PN), yang sering bercakap mengenai urusan UMNO berbanding partinya sendiri dan tugasnya selaku Menteri Besar.

“Soal Rumah Bangsa yang disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah berkaitan seruan kepada bekas-bekas ahli UMNO untuk kembali kepada UMNO dan menjadikan Rumah Bangsa itu sebagai satu mekanisma penyatuan Melayu serta platform perbincangan berkaitan isu-isu kepentingan bangsa Melayu seperti pendidikan, hak Bumiputera dan ekonomi, tetapi kenapa Sanusi sibuk hendak mengulas perkara itu yang beliau sepatutnya tidak perlu campur,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Kelmarin, Sanusi yang membuat kenyataan yang menyifatkan inisiatif Rumah Bangsa sebagai cubaan UMNO kembali menjadi ‘abang besar’ disifatkan oleh Mahdzir sebagai kenyataan yang memperlihatkan sikapnya yang mengamalkan politik sentimen kebencian dan suka memecah-belahkan berbanding penyatuan bangsa.

“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya dari parti Islam, beliau (Sanusi) tidak sepatutnya menyebarkan sentimen kebencian kerana itu bukan akhlak dalam Islam, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar


Tambah Mahdzir, sikap Sanusi jelas tersasar jauh dari akhlak Islam yang menganjurkan penyatuan dan menolak perpecahan sesama Islam.

“Saya sebenarnya tidak suka untuk bercakap tentang beliau, saya pun jarang bercakap tentang Sanusi ni, tetapi beliau sudah terlebih sangat mengata macam-macam, saya terpaksa cakaplah tentang Sanusi, sebab dia terlampau melebihi batas, dia ego, dia merasa dia kuat sangat, dia merasa dia tidak boleh dikalahkan di negeri Kedah ini sehingga dia perli orang, dia kata orang, dia maki orang ikut suka dia sahaja, dia jangan ingat negeri ini (Kedah) hak dia seorang sahaja?”

Menurut Mahdzir, Sanusi sebenarnya sengaja menimbulkan pelbagai isu berkaitan UMNO demi untuk menutup kelemahan dan kegagalan dirinya dalam mentadbir negeri Kedah selaku Menteri Besar.

Sanusi juga, kata Mahdzir, suka melontarkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin UMNO termasuk yang terbaru mendakwa ada bekas wakil rakyat di Kuala Nerang memiliki tanah seluas 300 ekar.

“Sanusi sebut perkara itu sebenarnya dia tuju kepada siapa? Sekarang ada enam bekas wakil rakyat di Kuala Nerang yang masih hidup termasuk saya, Datuk Seri Ghazali, Datuk Badrul Hisham, Datuk Syed Sobri, Datuk Abdul Latif Mat Saman dan Kama Noriah, itulah bekas wakil rakyat di Kuala Nerang, kamu (Sanusi) kata kepada siapa? Sombong sangat ke kamu (Sanusi) sampai menuduh semua orang, ini bulan puasa, tak perlulah nak mengata orang, bagi saya beliau sudah melampau.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Mahdzir turut merujuk kepada kenyataan Sanusi yang tersebar di media sosial yang menuduh UMNO ketika terdesak akan mencari orang Melayu dan ketika berseronok akan mencari Dap.

“Beliau (Sanusi) sebenarnya meludah ke langit tetapi terkena muka sendiri. Sanusi jangan buat-buat lupa bahawa parti Pas lah sebenarnya yang bersekongkol dengan menjalin kerjasama erat dengan Dap suatu ketika dahulu demi meraih undi orang Melayu untuk berkuasa.

Sanusi juga jangan buat-buat lupa ketika Pas bersama Dap dalam Barisan Alternatif dahulu, mereka begitu bersungguh-sungguh cuba mengangkat pemimpin Dap sama seperti Khalifah Omar Abdul Aziz.

UMNO tidak pernah bekerjasama dengan Dap dan UMNO hanya menyertai kerajaan Perpaduan atas prinsip menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong bagi kestabilan politik dan kepimpinan negara,” jelas Mahdzir. – UMNO Online

Rumah Bangsa: Sanusi Tak Perlu Campuri Urusan UMNO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker