Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang

Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang

Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang

LIPIS, 14 Mac – Kerajaan Negeri Pahang terus menzahirkan penghargaan kepada golongan yang berkhidmat kepada masyarakat apabila Bantuan Khas Aidilfitri Kluster Agama disampaikan kepada para imam, bilal, siak, guru takmir, wali hakim serta wakil badan khairat kematian bagi daerah Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan tersebut merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam menghargai jasa dan pengorbanan golongan yang memainkan peranan penting dalam memakmurkan institusi masjid serta mengurus hal ehwal kebajikan masyarakat di peringkat setempat.

Majlis penyampaian bantuan itu berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan, Lipis, semalam dengan melibatkan 1,086 penerima yang menerima Bantuan Khas Aidilfitri berjumlah keseluruhan RM259,100.

Dalam majlis yang sama, Wan Rosdy turut menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 10 orang penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM43,000 sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan yang memerlukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar


Menurut beliau, kerajaan negeri amat menghargai peranan yang dimainkan oleh para imam, bilal, siak, guru takmir, wali hakim serta badan khairat kematian yang sentiasa menjadi penggerak kepada pembangunan rohani dan kebajikan masyarakat.

“Golongan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti. Kerajaan Negeri Pahang amat menghargai segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan,” katanya.

Tambah beliau lagi, bantuan dan sumbangan tersebut diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban para penerima dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, di samping menjadi tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada masyarakat. – UMNO Online

Bantuan Khas Aidilfitri Hargai Penggerak Institusi Masjid di Pahang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker