1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat

MASJID TANAH, 14 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata program edaran bubur lambuk yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Masjid Tanah terus menjadi tradisi Ramadan yang mengeratkan hubungan antara kepimpinan parti dan masyarakat setempat.
Menurut beliau, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar dalam tempoh kira-kira 40 minit sahaja menerusi program yang berlangsung di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Masjid Tanah semalam.
Katanya, program tersebut bukan sekadar menyediakan juadah berbuka puasa, malah menjadi medium untuk menyantuni masyarakat serta berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan.
“Program ini bukan sekadar pemberian bubur lambuk untuk juadah berbuka puasa, tetapi merupakan tradisi tahunan UMNO Bahagian Masjid Tanah dalam menyantuni dan berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila sambutan masyarakat amat menggalakkan sehingga kesemua bubur lambuk yang disediakan habis diagihkan dalam masa singkat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
“Alhamdulillah, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar dan hanya kira-kira 40 minit sahaja kesemuanya habis kami agihkan. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini,” katanya lagi.
Tambahnya, inisiatif seperti ini mencerminkan keindahan bulan Ramadan apabila masyarakat dapat berkongsi rezeki serta memperkukuh ukhuwah dalam suasana harmoni.
Beliau berharap tradisi kebajikan yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Masjid Tanah itu akan terus diperkasakan pada masa hadapan demi memastikan hubungan antara pemimpin dan rakyat sentiasa rapat serta mesra.
“Inilah keindahan Ramadan apabila rezeki dikongsi dan ukhuwah diperkukuh bersama masyarakat. Melaka Sayang Rakyat,” ujarnya. – UMNO Online
1,000 Bubur Lambuk Diedar, Tradisi Ramadan UMNO Masjid Tanah Santuni Masyarakat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali
- Program Deco Wanita UMNO Bawa Keceriaan Kepada Penduduk
- Rumah Bangsa: Kenyataan Sanusi Perlihat Kegusaran Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri UMNO Salur Sumbangan Bakul Makanan, Manfaat Kepada Golongan Memerlukan
You must be logged in to post a comment.