Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali

Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali

Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kritikan dan sindiran negatif terhadap inisiatif Rumah Bangsa tidak memberi sebarang kesan kepada usaha UMNO untuk terus memperkukuh parti.

Ketua UMNO Bahagian Batu Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, pelbagai reaksi termasuk komen sinis dan kritikan yang dilontarkan terhadap gagasan yang diperkenalkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 itu tidak menjejaskan komitmen parti untuk melakukan perubahan.

“Macam-macam kritikan, pelbagai komen dan sindiran negatif dilontarkan. Namun saya amat bersetuju dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kenyataan dan komen negatif ini tidak memberi kesan sama sekali. Kalau guna bahasa pasar, ‘yang engkau panas kenapa’?

“Apa yang pasti, mereka gusar dengan ‘game changer’ ini. Mereka ingin melihat kegagalan Rumah Bangsa agar terus mempunyai alasan untuk kekal relevan apabila UMNO kembali lemah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, cadangan Rumah Bangsa merupakan manifestasi kepada usaha muhasabah dalam kalangan ahli parti selain membuka ruang kepada mereka yang pernah bersama UMNO untuk kembali menyumbang kepada perjuangan parti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


“Sekurang-kurangnya cadangan Rumah Bangsa UMNO adalah manifestasi untuk orang-orang UMNO yang terkhilaf dalam tindakan dan tingkah laku mereka sebelum ini.

“Presiden UMNO menunjukkan kematangan politik, berjiwa besar dan berlapang dada dengan mengambil semangat Ramadan Al-Mubarak,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan sokongan beberapa tokoh politik terhadap inisiatif tersebut mampu mengukuhkan kedudukan UMNO dan menambah kekuatan parti menjelang pilihan raya akan datang.

“Nama-nama besar seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyambut baik inisiatif parti sudah cukup untuk mengukuhkan kedudukan serta menambah kekuatan politik UMNO bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kepada yang tidak ingin bersama tiada masalah, UMNO bukan ibarat ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’. UMNO hanya ingin memberi peluang keemasan kepada mereka yang ingin kembali. Itu sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


“Akhir kata, buat pemimpin yang suka melabelkan UMNO dengan pelbagai kejian, kata nista dan sebagainya … banyak-banyak beristigfar di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT. Wallahuallam,” katanya lagi. – UMNO Online

Rumah Bangsa: Kritikan Negatif Tidak Memberi Kesan Sama Sekali

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker