Wanita melecur 70 peratus dalam kemalangan 2 kenderaan di Jalan Tun Razak

Wanita melecur 70 peratus dalam kemalangan 2 kenderaan di Jalan Tun Razak

Wanita melecur 70 peratus dalam kemalangan 2 kenderaan di Jalan Tun Razak
Gambar hiasan. – Foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur kira-kira 70 peratus manakala dua lagi individu mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tun Razak berhampiran Kelab The Avenue, di sini awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.21 pagi.

“Nahas itu membabitkan sebuah kereta jenis Peugeot yang dipandu wanita berkenaan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki oleh seorang pemandu berserta penumpangnya,” menurut JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Menurut kenyataan itu, kereta Peugeot berkenaan didapati terbakar 100 peratus manakala pemandunya yang berusia 20-an berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kebakaran kenderaan itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.32 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, kes berkenaan turut tular di media sosial susulan kesesakan lalu lintas yang teruk dilaporkan berlaku di sekitar lokasi kejadian.

Wanita melecur 70 peratus dalam kemalangan 2 kenderaan di Jalan Tun Razak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker