Suspek kes tembak dilanggar mati: Peniaga rempuh motosikal dituduh membunuh

Suspek kes tembak dilanggar mati: Peniaga rempuh motosikal dituduh membunuh

Suspek kes tembak dilanggar mati: Peniaga rempuh motosikal dituduh membunuh
R Ganesalingam dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini. – NSTP/FAIZ ANUAR

KLANG: Lelaki yang merempuh penembak bermotosikal sehingga menyebabkan seorang maut dalam kejadian di Jalan Keretapi Lama di Kapar, dekat sini minggu lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh.

R Ganesalingam, 49, dihadapkan di hadapan Majistret A Karthiyayini dan sekadar mengangguk tanda faham pertuduhan yang dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga peniaga kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia yang diwakili peguam, K Nathiya dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas K Tinesh Kumar, 33, di hadapan simpang masuk Taman Seri Kapar, kira-kira jam 9.46 hingga 9.47 pagi, 5 Mac lalu. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian menetapkan 22 April untuk sebutan semula dan laporan forensik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Media pada 5 Mac lalu melaporkan dua lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai melepaskan tembakan ke arah pemandu lori di Kampung Perepat sebelum dikejar majikan mangsa hingga ke Jalan Keretapi Lama, dekat Tok Muda.

Majikan berkenaan kemudian melanggar motosikal terbabit apabila seorang daripada suspek mengacukan objek menyerupai pistol. Kedua-dua suspek kemudian terjatuh dan terseret di simpang masuk Taman Seri Kapar.

Semakan mendapati pembonceng motosikal yang maut mempunyai 23 rekod jenayah, manakala rakan yang cedera memiliki 10 rekod jenayah dan dikehendaki di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan. Suspek yang cedera dilaporkan stabil dalam rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Lelaki yang merempuh motosikal itu pula mempunyai rekod kes dadah dan jenayah di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.

Suspek kes tembak dilanggar mati: Peniaga rempuh motosikal dituduh membunuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker