Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO

Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO

Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO

KOTA KINABALU, 12 Mac – Puteri UMNO Negeri Sabah memulakan langkah awal ke arah memperkasakan wanita muda apabila satu perbincangan strategik diadakan bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merancang penganjuran sebuah program berskala besar yang dijangka dilaksanakan tahun ini.

Ketuanya, Ummi Nabilah Jamal memaklumkan bahawa pertemuan tersebut menjadi platform penting untuk kedua-dua pihak berkongsi idea, menyusun perancangan awal serta menyelaraskan bentuk kerjasama yang mampu memberi impak kepada masyarakat, khususnya golongan wanita muda dan belia di negeri ini.

Menurutnya, kerjasama dengan NGO dilihat sebagai langkah strategik bagi memperluaskan jaringan sokongan serta memastikan program yang dirancang benar-benar memenuhi keperluan wanita muda masa kini.

“Kami mahu memastikan program yang dirancang bukan sekadar aktiviti biasa, tetapi satu platform yang mampu memberi inspirasi, kemahiran serta peluang kepada wanita muda untuk lebih berdaya saing dan aktif dalam pembangunan komuniti,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi antara NGO dan kepimpinan wanita muda memainkan peranan penting dalam melahirkan lebih ramai pemimpin wanita masa depan di Sabah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO

“Kerjasama ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan pengalaman. Apabila NGO dan kepimpinan wanita muda berganding bahu, kita dapat merancang inisiatif yang lebih menyeluruh untuk memperkasa wanita muda di Sabah,” tambahnya.

Ujarnya lagi, program yang sedang dirangka itu dijangka memberi tumpuan kepada pembangunan kepimpinan, pemerkasaan ekonomi serta jaringan komuniti bagi wanita muda, selari dengan usaha memperluaskan penglibatan mereka dalam pelbagai sektor pembangunan masyarakat. – UMNO Online

Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker