Prestasi pemain perseorangan jadi persoalan menjelang Piala Thomas

Prestasi pemain perseorangan jadi persoalan menjelang Piala Thomas

Prestasi pemain perseorangan jadi persoalan menjelang Piala Thomas
ZII Jia tewas di tangan pemain Singapura di pusingan pertama Terbuka Switzerland, awal pagi tadi. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Prestasi kurang memberangsangkan barisan perseorangan lelaki semakin menimbulkan tanda tanya terhadap kekuatan skuad negara menjelang saingan Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung kurang sebulan sahaja lagi.

Ia termasuk kekalahan mengejut pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia di Terbuka Switzerland, awal pagi tadi.

Juara Seluruh England 2021 itu tersingkir seawal pusingan pertama apabila tewas kepada pemain Singapura, Jason Teh 12-21, 14-21 dalam tempoh 28 minit pada kejohanan bertaraf Super 300 di St Jakobshalle.

Kekalahan itu menambah kegusaran kem negara yang sebelum ini turut menyaksikan kempen hambar pemain perseorangan di Seluruh England di Birmingham, minggu lalu.

Menurutnya, antara kelemahan dikenal pasti adalah tempo pergerakan di gelanggang yang kurang pantas selain kegagalan pemain melaksanakan pelan permainan seperti dirancang.

“Sudah tentu kami mengharapkan keputusan lebih baik di Seluruh England sebagai tanda aras sebelum Piala Thomas, tetapi ia tidak berlaku seperti dirancang.

“Antara faktor utama adalah tempo pergerakan di gelanggang yang tidak cukup pantas selain pemain gagal melaksanakan pelan permainan dirancang,” katanya.

Jonassen berkata, Leong Jun Hao sebelum ini memberi sedikit sinar apabila menewaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto pada pusingan pertama Seluruh England sebelum langkahnya terhenti pada pusingan kedua.

Justeru, katanya, barisan jurulatih kini perlu mencari pendekatan baharu bagi memastikan pemain perseorangan lelaki negara mampu mengeluarkan potensi sebenar di pentas antarabangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


“Kami akan terus mencari pendekatan baharu untuk menolak pemain mencapai potensi tertinggi mereka,” katanya.

Ketika ini, harapan Malaysia dalam acara perseorangan menjelang Piala Thomas banyak terletak di bahu Jun Hao dan Justin Hoh selepas prestasi tidak menentu Zii Jia yang sebelum ini sering menjadi sandaran utama untuk menyumbang mata.

Situasi itu berbeza dengan beberapa kuasa besar badminton dunia seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia yang memiliki lebih daripada seorang pemain perseorangan mampu memberi mata penting kepada pasukan.

Pada ketika saingan Piala Thomas semakin hampir, barisan kejurulatihan negara kini perlu segera mencari formula terbaik bagi memastikan skuad negara tidak terus bergelut dalam acara perseorangan.

Prestasi pemain perseorangan jadi persoalan menjelang Piala Thomas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker