Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, Am Amar Izzuden Hamidun menyifatkan pelawaan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas ahli dan pemimpin parti untuk kembali bersama sebagai satu langkah kepimpinan yang matang serta berjiwa besar.
Menurut beliau, pelawaan tersebut jelas menggambarkan keterbukaan kepimpinan parti yang sanggup membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka yang pernah meninggalkan parti untuk kembali menyertai perjuangan UMNO.
Katanya, tindakan itu boleh diibaratkan sebagai membuka semula pintu ‘Rumah Bangsa’, satu simbol kesatuan yang menggambarkan UMNO sebagai tempat berhimpunnya mereka yang pernah berjuang di bawah panji perjuangan yang sama.
“Lebih signifikan, pelawaan ini dibuat tanpa sebarang syarat. Ia memperlihatkan sikap terbuka kepimpinan parti dalam merapatkan kembali saf perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Langkah ini mencerminkan pendekatan politik yang matang dan berpandangan jauh. Dalam suasana politik yang semakin mencabar, kesatuan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin serta ahli amat penting bagi memastikan suara rakyat terus terbela.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
“Kesediaan Presiden UMNO untuk membuka ruang kepada mereka yang pernah meninggalkan parti menunjukkan bahawa kepimpinan parti lebih mementingkan penyatuan kekuatan daripada terus terperangkap dalam perbezaan lama,” katanya kepada UMNO Online.
Tambah Amar lagi, ia juga menandakan bahawa perjuangan yang lebih besar adalah demi masa depan bangsa dan negara, bukan sekadar kepentingan individu atau kelompok tertentu.
Beliau turut menjelaskan bahawa konsep ‘Rumah Bangsa’ yang diketengahkan membawa makna yang cukup mendalam kerana UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, sebaliknya sebuah rumah kepada mereka yang berkongsi nilai perjuangan yang sama.
“Rumah ini sentiasa terbuka kepada semua bekas ahli yang ingin kembali, selagi mereka ikhlas untuk bersama-sama membina kekuatan dan menyumbang kepada perjuangan yang lebih besar. Semangat ini mencerminkan sikap keterbukaan, kematangan serta kesediaan untuk bergerak ke hadapan secara bersama.
“Walau bagaimanapun, amat disayangkan apabila masih terdapat segelintir bekas ahli yang tidak menyambut pelawaan tersebut. Sikap ego dan keengganan untuk mengetepikan perbezaan lama dilihat menjadi penghalang kepada usaha penyatuan yang sedang diusahakan,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Bagaimanapun, Amar mengakui amat disayangkan apabila masih terdapat segelintir bekas ahli yang tidak menyambut pelawaan tersebut.

“Sikap ego serta keengganan untuk mengetepikan perbezaan lama dilihat menjadi penghalang kepada usaha penyatuan yang sedang diusahakan oleh kepimpinan parti.
“Dalam konteks perjuangan yang lebih besar, sikap sedemikian hanya akan merugikan semua pihak. Kepentingan bangsa dan masa depan negara sepatutnya menjadi keutamaan yang mengatasi segala perbezaan peribadi,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar mengambil peluang tersebut untuk bermuhasabah dan melihat pelawaan berkenaan sebagai satu usaha ikhlas ke arah penyatuan.
“Perbezaan pendapat dalam politik adalah sesuatu yang biasa, namun kematangan dalam mengurus dan menyelesaikan perbezaan itulah yang akan menentukan kekuatan sesebuah organisasi. Jika semua pihak mampu mengetepikan ego dan membuka lembaran baharu, usaha untuk memperkukuh kembali kekuatan perjuangan akan menjadi lebih mudah direalisasikan.
“Sesungguhnya pintu ‘Rumah Bangsa’ telah dibuka dengan penuh keikhlasan oleh kepimpinan parti. Kini terpulang kepada mereka untuk menyambut tangan yang dihulurkan,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa demi masa depan yang lebih baik, perpaduan dan kesatuan perlu menjadi keutamaan agar perjuangan yang diwarisi dapat diteruskan dengan lebih kuat dan bermakna. – UMNO Online
Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
You must be logged in to post a comment.