Nyawa, keselamatan terancam jika Iran sertai Piala Dunia – Trump

Nyawa, keselamatan terancam jika Iran sertai Piala Dunia – Trump

Nyawa, keselamatan terancam jika Iran sertai Piala Dunia - Trump
TRUMP ketika berucap di Verst Logistics dekat Hebron, Kentucky pada 11 Mac 2026. AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada pasukan bola sepak Iran bahawa ‘nyawa dan keselamatan’ mereka mungkin terancam sekiranya menyertai kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung di Amerika Utara.

Kenyataan Trump itu dibuat hanya dua hari selepas beliau memberitahu Presiden FIFA, Gianni Infantino bahawa pemain Iran tetap dialu-alukan untuk beraksi walaupun konflik di Timur Tengah masih berlanjutan.

“Pasukan bola sepak kebangsaan Iran dialu-alukan ke Piala Dunia, tetapi saya benar-benar tidak percaya ia sesuai untuk mereka berada di sana, demi nyawa dan keselamatan mereka sendiri,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Perang yang tercetus selepas serangan bersama AS dan Israel pada 28 Februari lalu menimbulkan persoalan sama ada Iran akan menyertai Piala Dunia yang dijadual berlangsung pada musim panas ini di Kanada, Mexico dan AS.

Infantino sebelum ini berkata bahawa dalam pertemuan dengan Trump di Rumah Putih minggu ini, mereka turut membincangkan ‘situasi semasa di Iran’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


“Presiden Trump mengulangi bahawa pasukan Iran sememangnya dialu-alukan untuk bertanding dalam kejohanan itu di Amerika Syarikat,” katanya selepas pertemuan itu.

Infantino pada Disember lalu turut mewujudkan anugerah keamanan FIFA dan menyampaikannya kepada Trump.

Kenyataan beliau itu adalah kali pertama presiden badan bola sepak dunia itu secara terbuka menyentuh mengenai konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Nyawa, keselamatan terancam jika Iran sertai Piala Dunia – Trump

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

 

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker