Nottingham Forest diaibkan Midtjylland
Nottingham Forest diaibkan Midtjylland

London: Nottingham Forest menerima tamparan mengejut apabila tewas 0-1 kepada FC Midtjylland pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa UEFA, manakala jaringan Ollie Watkins membantu Aston Villa menewaskan Lille 1-0, semalam.
Pasukan bimbingan Vitor Pereira itu dikejutkan dengan jaringan lewat Cho Gue-sung di City Ground yang menyaksikan Forest sekali lagi tumbang kepada kelab Denmark berkenaan musim ini.
Forest sebelum ini tewas 2-3 di laman sendiri kepada Midtjylland pada aksi peringkat kumpulan Oktober lalu ketika pasukan dikendalikan Ange Postecoglou, pengurus kedua daripada empat jurulatih yang membimbing kelab itu musim ini.
Kini pasukan yang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu perlu mencatat kemenangan pertama di gelanggang lawan ke atas Midtjylland pada aksi timbal balik 19 Mac jika mahu mengekalkan peluang mara.
Midtjylland pula berada dalam prestasi memberangsangkan di pentas Eropah dengan 12 kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
Forest yang hanya berada di atas zon penyingkiran EPL menerusi perbezaan jaringan hampir mendahului apabila rembatan jarak jauh 30 ela daripada Omari Hutchinson ditepis penjaga gol Elias Rafn Olafsson.
Cubaan lencong Elliot Anderson juga memaksa Olafsson melakukan satu lagi aksi cemerlang sebelum tandukan Philip Billing di garisan gol menghalang bola daripada terkena Pedro Bravo untuk jaringan sendiri.
Dalam hujan lebat, Forest hilang rentak pada minit ke-80 sehingga mencetuskan sorakan sinis penyokong tuan rumah.
Hantaran lintang Ousmane Diao menemui Cho yang menanduk kemas menewaskan penjaga gol Matz Sels dari jarak dekat.
“Sukar untuk dijelaskan. Kami cipta begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol. Walaupun seri, keputusan itu pun tidak adil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
“Mereka hanya ada dua peluang dan mereka menjaringkan gol. Kami masih ada masa dan peluang dalam perlawanan ini. Malah hujan juga seakan menentang kami!,” kata Pereira.
Sementara itu di Stade Pierre-Mauroy, Watkins menjaringkan gol pertama dalam lapan perlawanan semua kejohanan untuk meletakkan Villa di landasan tepat ke suku akhir.
Gol antarabangsa England itu pada babak kedua adalah jaringan kesembilan Watkins musim ini dalam kempen yang agak mengecewakan buatnya, termasuk hanya dua gol dalam 13 perlawanan terakhir.
Nottingham Forest diaibkan Midtjylland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
You must be logged in to post a comment.