Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan membidas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa salah mentafsir cadangan penubuhan “Rumah Bangsa”.

Menurut beliau, cadangan Rumah Bangsa itu sebenarnya diwujudkan khusus untuk memberi ruang kepada bekas pemimpin atau bekas ahli UMNO yang pernah dipecat atau digantung keahlian agar kembali menyertai parti.

Tegasnya, inisiatif tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana individu atau pihak luar yang tidak berkaitan dengan UMNO.

“Rumah Bangsa ini adalah untuk ahli-ahli, sama ada bekas ahli yang telah dipecat, digantung atau mereka yang sebelum ini meninggalkan UMNO. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak luar, apatah lagi parti lain,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berpandangan kenyataan Abdul Hadi yang mengaitkan perkara tersebut adalah satu salah tafsir dan PAS tidak sepatutnya terlibat atau memberi gambaran yang mengelirukan.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa konsep Rumah Bangsa berbeza dengan Musyawarah Nasional yang sememangnya melibatkan kerjasama dan perbincangan antara parti-parti politik di negara ini.

Katanya, Musyawarah Nasional merupakan platform yang lebih luas bagi membincangkan isu-isu kepentingan negara secara bersama antara pelbagai parti politik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


“Musyawarah Nasional yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Othman adalah langkah penting dalam menyediakan ruang muafakat strategik bagi menghimpunkan pelbagai tokoh masyarakat, ilmuwan, profesional, pemain industri dan wakil masyarakat sivil untuk meneliti isu-isu teras negara.

“Ia berpaksikan kepada pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, yang menekankan keperluan mewujudkan ruang dialog tersusun bagi merumuskan hala tuju bangsa dan negara secara inklusif dan bersepadu.

“Musyawarah Nasional ialah ruang perundingan dasar yang memfokuskan pembinaan kesepakatan serta penghasilan cadangan yang praktikal dan boleh dilaksanakan demi memartabatkan pembangunan bangsa,” terangnya lagi.

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Berkaitan kerjasama dengan Dap sebagaimana yang dijadikan alasan oleh Hadi, Mohd Rafi menegaskan bahawa ia adalah tidak tepat sama sekali malah menyimpang daripada fakta sebenar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


“Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 adalah hasil kerjasama bersama 18 buah parti, bukan seperti yang dimomokkan malah bukan hanya UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Dap sahaja.

“Tidak pernah berlaku kerjasama antara BN dan Dap secara terus apatah lagi bergabung seperti yang didakwa oleh mereka. Dalam Kerajaan Perpaduan ada 18 parti.bekerjasama termasuklah BN, PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

“UMNO/BN menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas PRU ke-15 kerana pada masa itu tidak ada mana-mana parti politik yang mempunyai majoriti untuk tubuhkan kerajaan. Sekarang kita berada dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.”

Justeru, Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan menyeru semua pihak untuk memahami realiti sebenar sebelum membuat apa-apa kenyataan malah mengajak kebersamaan meraikan perpaduan demi agama, bangsa dan tanah air. – UMNO Online

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker