Malaysia mampu menyerlah di Piala Thomas – Taufiq

Malaysia mampu menyerlah di Piala Thomas – Taufiq

Malaysia mampu menyerlah di Piala Thomas - Taufiq
TAUFIQ ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini hari ini. FOTO SAM

Petaling Jaya: Malaysia dijangka tetap menyerlah pada kempen Piala Thomas di Horsens, Denmark bermula 24 April sehingga 3 Mei depan meskipun prestasi barisan perseorangan negara kurang meyakinkan ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya sentiasa berhubung bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memantau prestasi semasa pemain negar yang terbabit di kejohanan berpasukan berprestij itu.

“Kita masih meletakkan satu keyakinan yang tinggi. Jangan kita lemah semangat terlalu awal dan yang paling penting saya sentiasa optimis untuk melihat bahawa Piala Thomas kali ini kita dapat merangkul kemenangan dengan bergaya.

“Cuma atlet kita ataupun pemain-pemain kita perlu terus fokus dan kita sendiri secara keseluruhannya perlu terus memberikan sokongan kepada atlet negara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia yang menyatakan persetujuan untuk beraksi di Piala Thomas mencetuskan resah selepas mengalami kekalahan mengejut pada pusingan pertama Terbuka Switzerland, awal pagi tadi.

Juara Seluruh England 2021 itu tewas kepada pemain Singapura, Jason Teh 12-21, 14-21 dalam tempoh 28 minit pada kejohanan bertaraf Super 300 di St Jakobshalle.

Selain Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh dijangka turut membarisi kem skuad Piala Thomas negara.

Malaysia mampu menyerlah di Piala Thomas – Taufiq

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker