Lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan selepas rempuh 6 kenderaan di Sibu
Lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan selepas rempuh 6 kenderaan di Sibu

SIBU: Seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan selepas kenderaan dipandunya dipercayai merempuh enam kenderaan lain dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Wong Soon Kai di sini, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Boniface Bajai, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian melibatkan tujuh kenderaan itu pada kira-kira jam 9.55 malam.
“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berumur 24 tahun sedang bergerak ke arah persimpangan lampu isyarat Jalan Wong Soon Kai.
“Semasa menghampiri persimpangan itu, kenderaan tersebut dipercayai tidak berhenti di lampu isyarat lalu merempuh enam kenderaan lain yang berada di hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu terbabit positif dadah jenis amphetamine dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya di jalan awam.
Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu bagi tempoh tidak kurang dua tahun.
Lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan selepas rempuh 6 kenderaan di Sibu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
You must be logged in to post a comment.