Kes ‘ah long’ dilapor MHO sudah dalam siasatan, 3 lelaki ditahan

Kes ‘ah long’ dilapor MHO sudah dalam siasatan, 3 lelaki ditahan

Kes 'ah long' dilapor MHO sudah dalam siasatan, 3 lelaki ditahan
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kes berkaitan telefon bimbit dipercayai milik ahli sindiket ‘ah long’ yang dilaporkan aktivis Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) mempunyai kaitan dengan siasatan sedia ada membabitkan penahanan tiga lelaki tempatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata siasatan awal mendapati laporan itu mempunyai kaitan dengan satu kertas siasatan sedia ada yang dibuka mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Beliau berkata, laporan dibuat seorang aktivis MHO pada jam 9.22 pagi semalam selepas rakannya didakwa menerima ugutan daripada ejen pinjaman wang tidak berlesen.

“Dalam kes ini tangkapan sudah dibuat pada 6 Mac lalu ke atas tiga lelaki tempatan.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan beberapa lagi individu yang turut mempunyai kaitan dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan cadangan pertuduhan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan sebarang bentuk jenayah komersial.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau balai berhampiran,” katanya.

Katanya, maklumat berkaitan kes berkenaan boleh disalurkan kepada Hotline Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


Terdahulu, MHO mendakwa menemukan sebuah telefon bimbit yang dipercayai mengandungi pelbagai maklumat berkaitan operasi sindiket pemberi pinjam wang tidak berlesen.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, mendakwa telefon berkenaan dipercayai mengandungi bukti kegiatan sindiket terbabit termasuk dokumen dan maklumat berkaitan modus operandi kumpulan itu yang dikatakan beroperasi secara tersusun.

Kes ‘ah long’ dilapor MHO sudah dalam siasatan, 3 lelaki ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker