Indonesia kerah penembak tepat kawal balik kampung
Indonesia kerah penembak tepat kawal balik kampung

JAKARTA – Tentera dan polis Indonesia akan mengerahkan pasukan petugas khas termasuk pasukan penembak tepat ke laluan-laluan perjalanan utama di Sumatera bagi mengawal keselamatan semasa musim pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri, lapor akhbar Arab News semalam.
Dikenali sebagai ‘mudik’, pergerakan besar-besaran itu merupakan salah satu penghijrahan bermusim terbesar di dunia, dengan orang ramai berdepan kesesakan lalu lintas yang amat besar, sejauh ribuan kilometer.
Hampir 144 juta orang atau lebih separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk Indonesia dijangka mengambil bahagian dalam tradisi tersebut pada tahun ini. Daripada jumlah itu, berjuta-juta orang akan menggunakan lebuh raya di wilayah Sumatera Selatan.
Justeru, pihak berkuasa melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan untuk mengawasi keselamatan pengembara.
“Kami mengerahkan pasukan penembak tepat untuk menyokong operasi keselamatan semasa tempoh pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
“Polis Nasional Indonesia akan bekerjasama dengan kami untuk memastikan keselamatan orang awam. Pegawai-pegawai kami akan memperkukuhkan keselamatan di sepanjang laluan penghijrahan dan sedia menangani sebarang risiko jenayah,” kata Ketua Perintah Tentera di wilayah itu, Mejar Jeneral Ujang Darwis kepada pemberita.
Penembak tepat akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya Kayu Agung-Palembang-Betung yang merupakan laluan utama penduduk untuk sampai ke bandar-bandar Sumatera dari Lampung. Ia merupakan wilayah transit yang menghubungkan Pulau Jawa dan Sumatera.
Lebih 76 juta rakyat Indonesia dijangka melakukan perjalanan dengan kereta peribadi, manakala 24 juta akan menggunakan motosikal dan 23 juta yang lain melakukan perjalanan dengan bas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
Pihak berkuasa menjangkakan penghijrahan itu akan memuncak pada Rabu depan, apabila hampir 22 juta orang akan bergerak awal untuk sampai ke kampung halaman masing-masing menjelang hari pertama Aidilfitri.
Langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan di sepanjang jalan utama itu akan dilaksanakan sehingga berakhirnya cuti panjang pada 25 Mac ini. – AGENSI
Indonesia kerah penembak tepat kawal balik kampung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
You must be logged in to post a comment.