Hampir seminggu keputusan CAS, tujuh pemain masih membisu

Hampir seminggu keputusan CAS, tujuh pemain masih membisu

Hampir seminggu keputusan CAS, tujuh pemain masih membisu
TRIO JDT (dari kiri) Figueiredo, Irazabal dan Hevel dibenarkan berlatih dan menyertai aktiviti bola sepak lain sepanjang tempoh penggantungan. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kuala Lumpur: Sudah hampir seminggu keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) diumumkan, namun tujuh pemain yang terpalit dalam isu pemalsuan dokumen kelayakan mewakili skuad Harimau Malaya masih mengambil sikap berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tujuh pemain terbabit ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Facundo Garces dan Gabriel Palmero.

Sejak keputusan CAS itu diumumkan pada 6 Mac lalu, kebanyakan akaun media sosial pemain berkenaan dilihat sepi tanpa sebarang reaksi atau kenyataan berkaitan kes yang mencetuskan kontroversi besar dalam bola sepak negara.

Mereka seolah-olah memilih untuk tidak memberikan sebarang maklum balas walaupun isu itu terus hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong tempatan.

Daripada tujuh pemain berkenaan, hanya Figueiredo dan Irazabal dilihat mengemas kini status di laman Instagram miliknya sejak keputusan CAS diumumkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Namun, kemas kini yang dibuat pemain itu tidak menyentuh langsung mengenai kes yang melanda mereka.

Sebaliknya, hantaran itu sekadar memaparkan kegembiraan meraikan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Hasil semakan Arena Metro di laman Instagram pemain lain pula mendapati kebanyakannya masih berdiam diri tanpa sebarang kenyataan atau reaksi terhadap keputusan CAS.

Tindakan pemain berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong yang tertanya-tanya mengenai pendirian sebenar mereka.

Ada juga penyokong yang meneliti hantaran lama di akaun media sosial pemain terbabit sambil menantikan sebarang penjelasan daripada mereka.

Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain berkenaan selepas didapati menggunakan dokumen palsu bagi menyokong kelayakan mereka mewakili Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


Kes itu mencetuskan kontroversi besar dalam bola sepak negara sebelum keputusan itu dibawa ke CAS, yang akhirnya mengekalkan hukuman penggantungan setahun daripada perlawanan rasmi.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan terbabit dalam aktiviti bola sepak lain termasuk berlatih bersama kelab masing-masing.

Hampir seminggu keputusan CAS, tujuh pemain masih membisu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker