Enam hari hilang di hutan, pemuda ditemui selamat
Enam hari hilang di hutan, pemuda ditemui selamat

KUCHING: Pemuda yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran rumah panjang di Sungai Penyulau, Kanowit, sejak enam hari lalu, ditemui selamat hari ini.
Richard Lee Apang, 22, ditemui pada hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada jam 11.54 pagi dalam keadaan keletihan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke Hospital Kanowit bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 11.04 pagi, 8 Mac lalu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi.
“Mangsa dikatakan keluar dari kediamannya di Rumah Panjang Ricky Umbar Jalani di Jalan Penyulau/Lukut tanpa pengetahuan ahli keluarga pada kira-kira jam 4 petang, 7 Mac lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
“Ahli keluarga yang menyedari kehilangan mangsa kemudian menjalankan usaha mencari di kawasan hutan berhampiran rumah panjang, namun gagal menemuinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis,” katanya.
Difahamkan, mangsa keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit.
Selain anggota JBPM, operasi SAR hari kelima hari ini turut disertai 15 anggota polis, enam anggota APM dan kira-kira 30 penduduk kampung.
Enam hari hilang di hutan, pemuda ditemui selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelawaan Tanpa Syarat Presiden UMNO Bukti Keikhlasan Satukan Saf Perjuangan
- Puteri UMNO Sabah Rancang Program Besar Perkasa Wanita Muda Melalui Kerjasama NGO
- Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar
You must be logged in to post a comment.