Crystal Palace gagal pecah benteng AEK Larnaca

Crystal Palace gagal pecah benteng AEK Larnaca

Crystal Palace gagal pecah benteng AEK Larnaca
AKSI perlawanan Crystal Palace berdepan AEK Larnaca perlawanan pertama Liga Europa. -FOTO Reuters

London: Crystal Palace terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang AEK Larnaca pada aksi pertama pusingan 16 terbaik UEFA Europa Conference League di Selhurst Park, semalam.

Palace mencipta banyak peluang dalam keadaan hujan serta angin kencang namun gagal menembusi gawang lawan dari Cyprus itu buat kali kedua musim ini selepas tewas 0-1 pada aksi fasa liga sebelum ini.

Penyerang Perancis, Jean-Philippe Mateta masuk sebagai pemain gantian lewat permainan untuk penampilan pertamanya bersama Palace sejak 25 Januari selepas perpindahan ke AC Milan tidak menjadi kenyataan susulan kebimbangan berkaitan kecederaan lutut.

Pasukan kendalian Oliver Glasner itu bakal beraksi di Cyprus minggu depan dengan misi meneruskan cabaran dalam kempen penuh pertama mereka di pentas Eropah.

“Kami ada peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi penjaga gol mereka juga layak dipuji, terutama pada babak pertama dengan dua aksi penyelamatan penting.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari


Jika Palace berjaya mara, mereka berpotensi berdepan naib juara dua kali, Fiorentina pada peringkat suku akhir. Pasukan Itali itu menewaskan Raków Częstochowa 2-1 di Florence menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Sementara itu, Strasbourg yang menamatkan saingan di tangga teratas fasa liga mengekalkan rekod tanpa kalah di Eropah musim ini selepas menang 2-1 di gelanggang Rijeka.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Troy Parrott pula menjaringkan dua gol ketika membantu AZ Alkmaar menang 2-1 ke atas Sparta Prague.

Kelab Sepanyol, Rayo Vallecano menewaskan wakil Turkiye, Samsunspor 3-1 di gelanggang lawan.

AEK Athens pula hampir pasti ke suku akhir selepas menang besar 4-0 di gelanggang NK Celje, manakala Shakhtar Donetsk menang 3-1 di gelanggang Lech Poznan.

Kelab Bundesliga, Mainz 05 pula seri tanpa jaringan ketika bertemu kelab Czech, Sigma Olomouc.

 

Crystal Palace terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Rafi Bidas Salah Tafsir Hadi Awang Isu “Rumah Bangsa”, Fahami Realiti Sebenar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker