Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman berbesar hati meluangkan masa berbuka puasa bersama sekumpulan penghantar makanan dalam satu pertemuan santai yang diadakan di Kedai Ikan Bakar Stadium Gong Badak.
Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata pertemuan tersebut sedikit sebanyak membuka ruang untuk mendengar secara langsung pandangan serta cabaran yang dihadapi golongan berkenaan dalam mencari rezeki.
“Saya berbuka puasa bersama hero Food Rider di Kedai Ikan Bakar Stadium Gong Badak. Mereka ini sebenarnya pejuang kehidupan yang bekerja keras mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
“Hari ini saya mendengar sendiri kisah mereka. Biasanya bila buat program dengan mereka dibuat secara sehala dan tak mendapat feedback dari mereka. Namun hari ini mereka minta ruang untuk bersembang dengan saya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau turut berkongsi bahawa ada dalam kalangan penghantar makanan tersebut merupakan graduan universiti yang berkelayakan, namun terpaksa memilih pekerjaan itu berikutan kekurangan peluang pekerjaan di Terengganu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
Menurutnya perbualan dengan salah seorang penghantar makanan menyentuh hatinya apabila anak muda tersebut menyatakan mereka bukan tidak mampu melakukan pekerjaan lain, tetapi kekurangan peluang pekerjaan di negeri sendiri menjadi kekangan utama.
“Anak anak muda ini bukan calang calang. Ada antara mereka merupakan graduan universiti yang baik, tetapi realitinya peluang pekerjaan di Terengganu hari ini sangat terhad. Sempat saya berbual dengan salah seorang daripada mereka.

“Katanya ‘cikgu, bukan kami tak boleh buat kerja lain. Tapi memang tak ada kerja di Terengganu sekarang. Kalau kami kerja di luar negeri, siapa pula nak jaga ayah mak yang makin tua’.
“Kata kata itu cukup menyentuh hati saya. Ramai anak muda sebenarnya mahu terus tinggal dan berbakti di negeri sendiri, tetapi terpaksa bergelut dengan kekangan peluang pekerjaan,” ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa perkara berkenaan akan dibawa kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) agar agenda mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta kemajuan ekonomi anak muda diberi keutamaan dalam manifesto akan datang.
“Kita pernah membuktikan kemampuan kita suatu ketika dahulu. Saya yakin dan percaya, dengan peluang yang diberikan, kita mampu melakukannya sekali lagi demi masa depan anak muda dan negeri Terengganu,”
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Hafiz Aziz yang juga sebagai penganjur kepada pertemuan tersebut. – UMNO Online
Buka Puasa Bersama Penghantar Makanan, Ahmad Razif Selami Denyut Nadi Anak Muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
You must be logged in to post a comment.