Zii Jia bungkus awal di Switzerland
Zii Jia bungkus awal di Switzerland

Kuala Lumpur: Hasrat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia untuk melangkah jauh pada Terbuka Switzerland tidak kesampaian apabila tersingkir seawal pusingan pertama di tangan Jason Teh dari Singapura, awal pagi tadi.
Zii Jia, juara Seluruh England 2021, tewas 12-21, 14-21 dalam tempoh 28 minit di Basel sekali gus menamatkan kemaraannya pada kejohanan bertaraf Super 300 itu.
Kekalahan itu turut menangguhkan usaha pemain berusia 27 tahun itu untuk kembali meraih gelaran dalam Jelajah Dunia BWF selepas kali terakhir menjuarai Terbuka Australia pada 2024.
Pemain berasal dari Alor Setar itu melangkah ke undian utama selepas menundukkan pemain Jepun, Minoru Koga 21-14, 21-10 dan pemain Denmark, Ditlev Jaeger Holm 21-17, 19-21, 21-16 pada pusingan kelayakan.
Zii Jia bungkus awal di Switzerland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
You must be logged in to post a comment.