PSG bergaya atasi Chelsea
PSG bergaya atasi Chelsea

Paris: Juara bertahan Paris Saint-Germain meraih kelebihan besar dalam aksi pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea selepas pemain gantian Khvicha Kvaratskhelia mencetuskan inspirasi kepada kemenangan bergaya 5-2 dalam perlawanan pertama di Parc des Princes, awal pagi tadi.
Pasukan kendalian Luis Enrique dua kali mendahului menerusi gol Bradley Barcola dan Ousmane Dembele, namun setiap kali itu juga disamakan oleh Malo Gusto dan Enzo Fernandez.
Selepas itu, Vitinha serta Kvaratskhelia yang menjaringkan dua gol meledak tiga gol lewat permainan untuk meletakkan tuan rumah dalam kedudukan selesa menjelang perlawanan timbal balik.
Walaupun juara Perancis itu masih menunjukkan kelemahan di bahagian pertahanan, lapan bulan selepas mereka dibelasah Chelsea pada final Piala Dunua Kelab, mereka tetap mempamerkan permainan pantas dan tajam yang membawa mereka merangkul trofi Eropah pertama musim lalu.
Perlawanan kedua akan berlangsung di Stamford Bridge pada Rabu depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
“Saya gembira dapat membantu pasukan dan gembira kami menang menentang Chelsea kerana mereka pasukan yang bagus,” kata Kvaratskhelia.
“Kami masih PSG. Kami menunjukkan kepada semua orang bahawa kami mampu melakukan apa sahaja.”
Jurulatih Chelsea, Liam Rosenior, pula kesal dengan gol kelima yang dibolosi pasukannya.
“Saya sebenarnya gembira dengan persembahan kami, tetapi 15 hingga 20 minit terakhir memang gila. Keputusan ini menyakitkan kerana kami masih bersaing selama 75 minit. Di peringkat Liga Juara-Juara, perbezaannya sangat kecil, dan gol kelima itu yang paling menyakitkan,” katanya dalam sidang media.
Luis Enrique pula memuji semangat juang pasukannya. “Walaupun kami dua kali dibolosi selepas mendahului, kami terus berusaha untuk menang menentang pasukan yang sangat kuat dari segi fizikal dan teknikal. Di London nanti kami akan berdepan perkara sama,” katanya.
“Kami pasukan yang berdaya tahan. Ketahanan itu menggambarkan kami dan juga penyokong kami.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
PSG memulakan permainan dengan dominan apabila melakukan tekanan tinggi dan menguasai bola, mengingatkan kepada prestasi terbaik mereka musim lalu.
Gol pembukaan hadir pada minit ke-10 apabila Joao Neves menanduk bola ke laluan Barcola. Penyerang itu mengawal bola dengan dada sebelum melepaskan sepakan separa voli kencang yang menerjah bawah palang untuk gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara musim ini.
PSG terus mengancam dan lima minit kemudian rembatan deras Dembele ditepis ke tiang kanan oleh penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.
Chelsea kemudian mula menemui rentak ketika barisan pertahanan PSG mula leka. Menggunakan ruang di sebelah kanan, Fernandez menghantar bola lintang jauh kepada Gusto yang kemudian merembat menewaskan Matvei Safonov untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-28.
PSG kembali mendahului lima minit sebelum rehat apabila Dembele melakukan larian pantas ke dalam kotak penalti ketika pemain pertahanan lawan kelam-kabut.
Dia kemudian memperdayakan Marc Cucurella dan Wesley Fofana sebelum menyudahkan peluang dengan rembatan tenang ke penjuru jauh.
Namun pertahanan tuan rumah sekali lagi rapuh apabila Pedro Neto merampas bola daripada Desire Doue sebelum memberikan hantaran mudah kepada Fernandez untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-57.
Doue kemudian digantikan oleh Kvaratskhelia dan momentum permainan berubah sepenuhnya apabila pemain Georgia itu mempamerkan kualitinya.
Pada minit ke-74, hantaran buruk Jorgensen dipintas Barcola yang kemudian memberikan bola kepada Kvaratskhelia sebelum penyerang itu membantu Vitinha menjaringkan gol menerusi lambungan cantik.
Kvaratskhelia kemudian melepasi Gusto sebelum melepaskan rembatan lencong deras untuk gol keempat pada minit ke-86. Pemain Georgia itu menambah satu lagi gol melalui sentuhan mudah hasil hantaran Achraf Hakimi pada masa kecederaan.
PSG bergaya atasi Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
You must be logged in to post a comment.