Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka pintu penyatuan kepada semua bekas ahli parti disifatkan sebagai satu langkah luar biasa yang mencerminkan jiwa besar seorang pemimpin, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Menurutnya, langkah tersebut membuktikan Presiden UMNO seorang pemimpin yang pemaaf serta sentiasa meletakkan kepentingan parti mengatasi segala perbezaan demi memastikan kelangsungan perjuangan UMNO.

“Ianya satu keputusan yang luar biasa. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan beliau seorang pemimpin berjiwa besar sebagai pemimpin nombor satu parti.

“Ini juga menunjukkan bahawa Presiden seorang yang pemaaf dan beliau mengajak semua bekas ahli sama ada mereka yang meninggalkan UMNO ataupun yang dipecat untuk kembali mengukuhkan parti demi ‘survival’

UMNO yang akan menghadapi pilihan raya yang sangat mencabar,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Mengulas lanjut, Azhari berkata, usaha menyatupadukan kembali semua ahli sama ada yang berada di dalam atau di luar parti mampu membawa kekuatan baharu kepada UMNO menjelang pilihan raya akan datang.

“Saya yakin dan percaya dengan keputusan besar ini, ramai yang akan kembali dan mengembalikan rakan-rakan yang berada di luar sana.

Ini satu keputusan yang akan membawa impak positif kepada UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang, khususnya di kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan oleh UMNO.

“Tiada lagi perpecahan, tiada lagi adu domba, tiada lagi ‘cah keting’ antara kita. Kita perlu saling bermaaf-maafan sebaliknya melupakan apa yang pernah berlaku dan bergerak ke hadapan demi parti,” katanya lagi.

Tambah beliau, langkah Presiden UMNO yang merendahkan diri mengajak semua pihak kembali menyertai gagasan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


‘Rumah Bangsa’ tanpa syarat seharusnya disambut dengan hati terbuka.

“Saya berharap kepada mereka yang berada di luar sana dan mungkin masih berasa marah terhadap kepimpinan parti, kini Presiden telah merendahkan dirinya serta mengajak kembali menyertai ‘Rumah Bangsa’ tanpa syarat.

“Kalau mahu kembali, maka kembalilah. Tiada lagi alasan.

Dengan kembalinya mereka ke dalam parti, masyarakat akan lebih yakin dan terus mendukung kepimpinan serta perjuangan UMNO,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, kestabilan dan kesatuan yang ditunjukkan UMNO akan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap parti itu sebagai antara parti paling stabil dalam landskap politik negara, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. – UMNO Online

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker