Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti

Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti

Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz meneruskan khidmat bakti beliau di kawasan dengan menyantuni masyarakat setempat menerusi pelbagai program kebajikan.

Terbaharu, beliau berbesar hati menyertai Program Iftar Perdana Felda Trolak Utara bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan sebagai tanda ingatan bersempena bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, berkesempatan bersama warga Felda Trolak Utara dalam Program Iftar Perdana Felda Trolak Utara. Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama masyarakat, malah memberi ruang untuk kita bersama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Dalam majlis ini juga, sedikit sumbangan telah disampaikan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda ingatan dan keprihatinan kita terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti

“Semoga usaha kecil ini dapat memberi kegembiraan dan meringankan sedikit beban penerima, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semoga ukhwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti Felda Trolak Utara terus kukuh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


Mohd Zaidi meneruskan kunjungan dengan menghadiri program ziarah kasih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Trolak Selatan sebelum meneruskan jelajah ke PPDK Slim River bagi bertemu dan menyantuni para pelatih serta warga kerja di pusat berkenaa

“Saya juga sempat menghadiri program Ziarah Kasih di PPDK Trolak Selatan, sempat berinteraksi sendiri dengan mereka. Macam-macam karenah mereka ini tapi apa pun saya gembira bila dengan mereka.

“Kemudiannya saya menghadiri program Ziarah Kasih di PPDK Slim River. Alhamdulilah selesai sudah jelajah saya untuk hadir ke semua PDK di dalam DUN Slim… ada rezeki kita jumpa lagi,” ujar beliau. – UMNO Online

“Saya juga sempat menghadiri program Ziarah Kasih di PPDK Trolak Selatan, sempat berinteraksi sendiri dengan mereka. Macam-macam karenah mereka ini tapi apa pun saya gembira bila dengan mereka.

“Kemudiannya saya menghadiri program Ziarah Kasih di PPDK Slim River. Alhamdulilah selesai sudah jelajah saya untuk hadir ke semua PDK di dalam DUN Slim… ada rezeki kita jumpa lagi,” ujar beliau. – UMNO Online

Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker