Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu

Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu

Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Inisiatif menyediakan bas percuma untuk mahasiswa pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri terus mendapat sambutan apabila program ‘Kunak Homecoming: Raya Edition 2.0’ kembali dilaksanakan tahun ini bagi membantu pelajar anak Kunak yang menuntut di sekitar Sabah dan Labuan.

Program tersebut ditaja sepenuhnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar yang berjauhan daripada keluarga.

Beliau juga Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah berkata inisiatif berkenaan akan diteruskan setiap tahun bagi memudahkan mahasiswa pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

“Alhamdulillah, kali ini saya menyediakan dua buah bas dari Kota Kinabalu ke Kunak untuk membantu adik-adik mahasiswa pulang beraya bersama keluarga.

“Sebagai tanda keprihatinan kepada mahasiswa Kunak, kemudahan bas dua hala ini disediakan bagi meringankan sedikit kos perjalanan mereka yang sedang melanjutkan pengajian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


“Pelajar anak Kunak yang sedang menyambung pengajian di sekitar Sabah dan Labuan digalakkan untuk mendaftar segera memandangkan tempat yang disediakan adalah terhad,” katanya.

Program berkenaan melibatkan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kunak pada 18 Mac 2026 (malam), manakala perjalanan pulang semula dari Kunak ke Kota Kinabalu dijadualkan pada 28 Mac 2026 (malam).

Mengulas lanjut, Anil yang juga Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, menggalakkan para pelajar berkongsi maklumat program tersebut dengan rakan-rakan lain agar lebih ramai mahasiswa dapat memanfaatkan inisiatif berkenaan.

Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu

“Program ini daripada rakyat untuk rakyat. Semoga usaha kecil ini dapat membantu mahasiswa pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman,” katanya lagi.

Tambah Bendahari Pemuda UMNO Sabah lagi, menggalakkan para pelajar berkongsi maklumat program tersebut dengan rakan-rakan lain agar lebih ramai mahasiswa dapat memanfaatkan inisiatif berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

“Program ini daripada rakyat untuk rakyat. Semoga usaha kecil ini dapat membantu mahasiswa pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman,” ujarnya.

Sehubungan itu, pelajar boleh mendaftar melalui pautan borang dalam talian yang disediakan oleh pihak penganjur di sini. – UMNO Online

Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker