Ling Ching teruskan langkah di Switzerland
Ling Ching teruskan langkah di Switzerland

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching memulakan kempen cemerlang apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Switzerland selepas menewaskan wakil Taiwan, Huang Yu-Hsun, sebentar tadi.
Pada aksi pusingan pertama di St Jakobshalle, pemain ranking ke-37 dunia itu hanya memerlukan 29 minit untuk menundukkan Huang 21-14, 21-9.
Kemenangan itu menyaksikan Ling Ching mengekalkan rekod sempurna ke atas pemain ranking ke-31 dunia berkenaan dengan empat kemenangan daripada empat pertemuan sejak kali pertama mereka bertemu di Masters Kaohsiung 2023.
Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti pemain negara itu di pusingan kedua apabila dijadual menentang pilihan utama kejohanan dari Indonesia, Putri Kusuma Wardani
Pemain ranking keenam dunia itu mara selepas menewaskan wakil India, Tanvi Sharma, 21-11, 21-10 pada aksi pusingan pertama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tersingkir awal selepas tewas 19-21, 24-26 kepada gandingan China, Zhu Yi Jun-Li Qian dalam kejohanan bertaraf Super 300 itu.
Ling Ching teruskan langkah di Switzerland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
You must be logged in to post a comment.