Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN

Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN

Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah parti politik yang membentuk kerajaan melalui kerjasama pentadbiran, seperti yang berlaku dalam banyak sistem demokrasi di seluruh dunia.

Justeru katanya, dakwaan UMNO/BN berkawan dengan Dap merupakan persepsi yang sengaja diputarbelit oleh pihak tertentu bagi mengelirukan masyarakat.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata BN tidak pernah bergabung dengan Dap seperti yang sering didakwa, sebaliknya kerjasama yang dijalinkan adalah berkaitan pentadbiran kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).

“Dakwaan berkawan dengan Dap, ini juga satu lagi contoh bagaimana fakta sengaja diputar. BN tidak pernah bergabung sebagai satu parti dengan Dap. Yang membentuk gabungan parti adalah Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, Dap dan parti-parti lain.

“Kerjasama untuk kestabilan negara bukanlah bermaksud kita tiba-tiba menjadi satu parti atau menukar prinsip perjuangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Nurulhidayah dalam pada itu turut sama menegaskan bahawa dalam politik, perbezaan pandangan adalah perkara biasa namun memutar fakta untuk membina persepsi kononnya diri sendiri paling setia bukanlah satu tindakan berani.

“Ironinya, mereka yang paling kuat bercakap tentang lupa kawan lama kadang-kadanglah yang paling cepat menulis semula sejarah mengikut keselesaan politik semasa.

“Dalam politik, tidak mengapa berbeza pandangan. Tetapi memutar fakta untuk membina persepsi kononnya diri sendiri paling setia dan orang lain terpaling lupa. Saudara, itu bukan keberanian… itu hanya retorik yang cuba menutup realiti dan ego,” ujar beliau.

Beliau turut sama menyentuh berkenaan ramalan Pilihan Raya Umum ke-16 kononnya pihak yang menang besar bakal menjadi Perdana Menteri.

Katanya lagi, politik sebenar ditentukan oleh mandat rakyat, kerja keras dan realiti politik negara bukannya siapa paling pandai menulis sindiran di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


“Dan tentang ramalan PRU-16 kononnya akan menang besar? Jadi PM? Tolong fahamkan ini. Politik bukan pertandingan siapa paling pandai menulis sindiran di sosial media atau imaginasi individu seperti kamu.

“Ia ditentukan oleh mandat rakyat, kerja keras dan realiti politik negara. Sejarah tidak ditulis oleh mereka yang paling kuat komen di sosial media tetapi oleh mereka yang benar-benar berada di medan perjuangan ketika saat sukar berlaku,” ujar beliau. – UMNO Online

Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker