BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu

BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu

BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu
BAM memandang serius penyalahgunaan nama dan reputasinya. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan program latihan sebelum menyertainya, susulan laporan mengenai beberapa kelab yang didakwa membuat tuntutan palsu kononnya mempunyai kaitan dengan badan induk itu.

Dalam kenyataan hari ini, BAM memaklumkan ibu bapa perlu mengesahkan sebarang dakwaan hubungan rasmi sebelum mendaftarkan anak-anak atau membuat sebarang pembayaran kepada pihak terbabit.

“BAM dimaklumkan mengenai beberapa program latihan dan kelab badminton yang mendakwa atau memberi gambaran mempunyai kaitan dengan BAM.

“BAM ingin menegaskan bahawa program dan kelab berkenaan tidak bergabung, tidak disokong serta tidak dibenarkan oleh BAM,” menurut kenyataan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan


BAM turut menasihati mana-mana pihak yang didapati memalsukan afiliasi dengan BAM atau menggunakan logo badan itu tanpa kebenaran supaya segera menghentikan dakwaan atau penggunaan berkenaan.

BAM memandang serius penyalahgunaan nama dan reputasinya serta berhak mengambil tindakan sewajarnya jika perlu.

“Bagi pengesahan program rasmi BAM, orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi BAM,” menurut kenyataan itu.

BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker