Arteta tabik Havertz
Arteta tabik Havertz

Leverkusen, Jerman: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan penalti saat akhir dijaringkan Kai Havertz menentang bekas kelabnya Bayer Leverkusen dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sebagai satu kisah ‘luar biasa.
Havertz yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk memastikan Arsenal membawa pulang keputusan seri 1-1 menjelang aksi timbal balik minggu depan di Stadium Emirates.
Penyerang Jerman itu menghabiskan sedekad bersama Leverkusen sebelum berpindah ke Chelsea pada 2020, di mana dia memenangi Liga Juara-Juara, sebelum menyertai Arsenal pada 2023.
“Bola sepak memang ada sahaja cerita yang gila,” kata Arteta kepada wartawan. “Memang luar biasa apabila Kai kembali ke sini selepas bertahun-tahun dan berjaya menyempurnakan penalti itu. Ia satu cerita yang hebat.”
Havertz yang masuk menggantikan pemain lain pada minit ke-74 disambut tepukan penonton sebelum tenang menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Leverkusen, Janis Blaswich.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
Pemain Jerman itu terlepas sebahagian besar musim ini akibat kecederaan lutut, namun berkata tekanan situasi tersebut tidak menjejaskannya walaupun terpaksa menunggu agak lama kerana keputusan penalti itu diperiksa melalui VAR.
“Penalti pada minit-minit akhir bukanlah sesuatu yang mudah. Masa antara wisel dan sepakan terasa seperti sangat lama,” kata Havertz.
“Tetapi dalam saat seperti ini, anda perlu fokus sepenuhnya. Inilah detik yang saya usahakan selama bertahun-tahun, untuk berada dalam situasi seperti ini.
“Saya kenal stadium ini dan sudah banyak kali menjaringkan penalti dari tempat ini. Sudah tentu saya bersimpati dengan Leverkusen, tetapi begitulah bola sepak.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Kapten Leverkusen, Robert Andrich, yang juga rakan sepasukan Havertz dalam pasukan kebangsaan Jerman, berkata dia sudah menjangka penalti itu akan masuk.
“Ya, saya sudah tahu. Kai memang sangat bagus mengambil penalti,” kata Andrich.
Arteta tabik Havertz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahasiswa Kunak Nikmati Bas Percuma Balik Kampung Sambut Aidilfitri – Anil Sandhu
- Mohd Zaidi Terus Khidmat Bakti, Perkukuh Ukhwah Bersama Komuniti
- Jangan Putar Fakta Politik… Nurulhidayah Tolak Persepsi Libatkan UMNO/BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden UMNO Berjiwa Besar, Buka Pintu Tanpa Syarat Satukan Keluarga Parti – Azhari Shaari
You must be logged in to post a comment.