Won Ho-Seung Jae seronok dapat berentap dengan Aaron-Wooi Yik
Won Ho-Seung Jae seronok dapat berentap dengan Aaron-Wooi Yik

Kuala Lumpur: Beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae menganggap aksi final Seluruh England menentang beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada awal pagi Isnin lalu adalah perlawanan sangat mendebarkan.
Bagi Seung Jae, ia bukan sesuatu yang mudah untuk memenangi perlawanan itu dan melihat Aaron-Wooi Yik adalah lawan yang benar-benar mampu mencabar kejuaraan setiap kali bertemu di pentas final.
“Seronok dapat bermain dengan baik bersama-sama,” katanya di ruangan komen Instagram Aaron sambil memberi emoji seolah-olah menghormati lawannya itu.
Selain itu, Aaron seperti menyeru dan menaruh harapan untuk mereka lebih kerap bertemu selepas ini dan berharap kedua-dua pasangan dapat menunjukkan aksi memukau kepada peminat badminton di seluruh dunia.
“Mari kita tunjukkan lebih banyak perlawanan hebat kepada dunia,” kata Aaron
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Malah, rakan Seung Jae, Won Ho turut mengakui perlawanan itu memberi kepuasan buat dirinya selepas menerima tentangan sangat baik daripada lawan mereka itu.
“Seronok dapat bermain dalam satu perlawanan yang baik bersama-sama,” katanya.
Pada aksi final itu, gandingan negara yang juga beregu nombor dua dunia bermula baik di set pertama, namun Won Ho-Seung Jae bangkit dalam dua set seterusnya untuk menang dalam pertarungan tiga set 21-18, 12-21, 19-21 di Arena Birmingham.
Aaron-Wooi Yik berpeluang untuk menamatkan kemarau 19 tahun Malaysia apabila berada di depan pada set penentuan, namun kesilapan mudah yang terjadi memberi ruang buat pasangan Korea itu bangkit untuk memenangi perlawanan mendebarkan itu.
Kekalahan itu menyaksikan mereka sekali lagi meraih posisi naib juara kejohanan badminton tertua dunia itu buat kali ketiga selepas pencapaian sama pada 2019 dan 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Sebelum itu, Aaron memuat naik status di Instagram miliknya dan masih optimis mampu memburu kejuaraan di Seluruh England selepas ini.
“Daripada kemenangan kepada kekalahan, daripada kekalahan kepada pengajaran. 3x (tiga kali naib juara) dan masih memburu (kejuaraan sulung).
“Menghargai dan mengucapkan terima kasih atas segala kerja keras barisan staf sokongan dan jurulatih,” katanya.
Terdapat beberapa atlet dan bekas atlet negara bertaraf legenda memberi komen kepada hantaran itu sebagai tanda sokongan buat bekas juara dunia 2022 itu untuk terus bangkit dalam perlawanan akan datang.
“Aaron-Wooi Yik terus berjuang demi Malaysia,” kata jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang.
“Syabas kepada kamu berdua atas kejohanan yang hebat dan berjaya meraih pingat perak,” kata bekas ratu skuasy, Datuk Nicol David.
Selepas ini, Aaron-Wooi Yik akan turun mempertahankan gelaran di Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China dari 7 hingga 12 April depan.
Beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.