Wei Chong-Kai Wun buru podium di BAC

Wei Chong-Kai Wun buru podium di BAC

Wei Chong-Kai Wun buru podium di BAC
WEI CHONG-KAI WUN mahu cipta kejutan di BAC. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong memasang impian untuk menaiki podium bersama pasangannya Tee Kai Wun pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China dari 7 hingga 12 April ini.

Pasangan ranking keenam dunia itu mendapat suntikan keyakinan selepas melakar pencapaian terbaik di Seluruh England minggu lalu dengan mara ke suku akhir.

Keputusan itu sekali gus memperbaiki rekod tiga penampilan terdahulu mereka yang berakhir di pusingan pertama pada edisi 2022, 2024 dan 2025.

Wei Chong berkata sasaran utama mereka di BAC kali ini adalah membawa pulang pingat selepas beberapa edisi sebelum ini sering tersingkir awal.

“Sebelum ini di BAC kita selalu kalah di pusingan pertama atau kedua, jadi harap kali ini boleh dapat pingat,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Dalam masa sama, Wei Chong tetap beraksi di Seluruh England walaupun berdepan kecederaan lutut dan mengakui tidak terlalu memikirkan keadaan fizikalnya ketika berada di gelanggang.

“Untuk saya, memang tak fikir tentang kecederaan. Bila berada di gelanggang, saya cuma fikir untuk bermain habis-habisan.

“Masa perlawanan tak rasa sangat sakit, tetapi selepas tamat permainan ada rasa sedikit tidak selesa,” katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata dia tetap berpuas hati dengan usaha yang ditampilkan walaupun perjalanan mereka terhenti di suku akhir selepas tewas kepada rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Saya rasa sudah beri yang terbaik. Bila kalah memang tiada pilihan, jadi selepas ini perlu kembali berlatih dan bekerja lebih keras,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


Menurut Wei Chong, dia dijangka menjalani pemeriksaan lanjut dalam masa terdekat bagi menilai tahap kecederaan lutut yang dialami, namun doktor mengesahkan setakat ini dia tidak perlu menjalani pembedahan.

“Doktor kata tak perlu pembedahan. Yang penting sekarang kuatkan otot di sekitar lutut.

“Saya juga ada kira-kira tiga minggu untuk rehabilitasi dan pemulihan sebelum kejohanan seterusnya,” katanya.

Musim ini, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir dalam kesemua empat kejohanan disertai iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Seluruh England.

Wei Chong-Kai Wun buru podium di BAC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker