Wanita 84 tahun maut kereta dipandu masuk sungai
Wanita 84 tahun maut kereta dipandu masuk sungai

JEMPOL: Wanita warga emas berusia 84 tahun maut selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam sungai pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar, berkata kejadian kira-kira jam 10.45 pagi dilaporkan di pekan Batu Kikir.
Katanya, mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai memberi barang di sebuah kedai.
“Sebaik mangsa melalui selekoh, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sehingga terjatuh ke dalam sungai.
“Akibat kejadian itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Norhisham berkata kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, polis meminta saksi tampil bagi membantu siasatan.
Wanita 84 tahun maut kereta dipandu masuk sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.