Suami rempuh tiga lelaki samun isteri
Suami rempuh tiga lelaki samun isteri

JAKARTA – Seorang suami di Bekasi, wilayah Jawa Barat merempuh tiga lelaki yang cuba merompak isterinya, menyebabkan salah seorang daripada mereka berjaya ditangkap, lapor laman berita Tribunnews.
Kejadian berlaku pada 3 Mac lalu sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) apabila mangsa yang berusia 28 tahun, keluar untuk membeli makanan sahur.
Mangsa menunggang motosikal sendirian, namun dia tidak menyedari bahawa suaminya mengekorinya dari belakang menggunakan kereta.
Ketika sampai di satu kawasan, mangsa dikepung tiga lelaki bersenjatakan sabit sebelum mereka cuba merampas motosikal dinaiki wanita tersebut.
Suami mangsa yang melihat situasi itu dengan pantas menekan pedal minyak lalu merempuh ketiga-tiga suspek sebelum dua daripada mereka melarikan diri.
Suspek ketiga yang mengalami kecederaan pada kaki dan tangan, kemudian ditangkap selepas beberapa penduduk menghampiri lokasi kejadian.
Dia dibawa ke balai polis, manakala dua lagi rakan subahatnya sedang diburu. – AGENSI
Suami rempuh tiga lelaki samun isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.