Serangan rumah Cikgu Chandra: Polis buka 2 kertas siasatan

Serangan rumah Cikgu Chandra: Polis buka 2 kertas siasatan

Serangan rumah Cikgu Chandra: Polis buka 2 kertas siasatan
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

KUALA LUMPUR: Polis membuka dua kertas siasatan susulan kejadian khianat serta ugutan jenayah di kediaman aktivis masyarakat, Cikgu Chandra di Taman Kinrara, dekat Puchong, semalam dan awal pagi hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata polis menerima dua laporan berasingan berkaitan kejadian itu.

“Bagi insiden pertama, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan kejadian khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Cikgu Chandra atau nama sebenarnya S Chandrasegaran, 47, mendakwa kediamannya diserang sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang kira kira jam 3.30 petang semalam ketika dia berada di rumah bersama dua anaknya.

Menurutnya, dua lelaki membuka pagar kediamannya sebelum memecahkan cermin belakang kereta Perodua Viva miliknya serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati kira-kira enam individu menaiki dua kenderaan dipercayai berada di luar rumah ketika kejadian.

Insiden berkenaan tidak terhenti di situ apabila sekumpulan individu dipercayai datang semula ke rumahnya kira kira jam 3.20 pagi tadi sebelum mencampakkan objek dipercayai bom petrol ke kawasan kediaman.

Akibat kejadian itu, tiga kenderaan miliknya musnah terbakar.

Shazeli berkata, polis sedang menjalankan siasatan terperinci dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif serta pelaku kejadian.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi ruang sepenuhnya kepada polis bagi melengkapkan proses siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


“Masyarakat juga diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta ketenteraman awam,” katanya.

Beliau menambah, tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana individu yang melanggar undang undang.

Serangan rumah Cikgu Chandra: Polis buka 2 kertas siasatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker