Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan
Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

HASRAT Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada semua bekas ahli serta individu yang ingin kembali bersama perjuangan United Malays National Organisation (UMNO) bukan sekadar satu kenyataan politik, sebaliknya satu seruan serius yang perlu difahami dalam konteks masa depan parti yang bakal memasuki usia 80 tahun.
Selama hampir lapan dekad, UMNO telah melalui pelbagai gelombang perjuangan iaitu daripada memimpin kemerdekaan negara, mempertahankan kestabilan politik, sehinggalah berdepan cabaran paling getir dalam sejarah moden politik Malaysia. Namun realitinya, cabaran terbesar UMNO dalam beberapa tahun kebelakangan ini bukan datang sepenuhnya daripada musuh politik, tetapi daripada perpecahan dalaman yang melemahkan kekuatan parti sendiri.
Justeru, apabila Presiden parti membuka ruang penyatuan tanpa syarat, ia sebenarnya satu langkah berani yang menuntut kematangan semua pihak. Dalam politik, tidak mudah untuk seseorang pemimpin memilih jalan berlapang dada, apatah lagi selepas melalui pelbagai serangan dan pertembungan yang memecah-belahkan saf perjuangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Namun usaha ini tidak akan membawa makna sekiranya masih ada pihak yang terus terperangkap dengan ego, dendam lama dan sikap angkuh yang akhirnya merugikan parti sendiri. Hakikatnya, penyatuan tidak akan berlaku jika masih ada yang lebih selesa menjadi pengkritik dari luar daripada kembali memperkukuh perjuangan dari dalam.
Mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara seharusnya melihat peluang ini sebagai ruang untuk kembali menyumbang, bukannya terus bermain politik emosi atau mempertahankan kesilapan masa lalu. Dalam politik, perbezaan pandangan adalah perkara biasa, tetapi memanjangkan perpecahan hanya akan melemahkan institusi yang pernah menjadi tonggak kestabilan negara.
Menjelang usia 80 tahun, UMNO tidak boleh lagi terperangkap dengan konflik lama. Parti ini memerlukan generasi pemimpin dan pendukung yang berani melihat masa depan, bukan terus bergelumang dengan luka semalam.
Langkah yang diambil oleh Ahmad Zahid dengan membuka pintu penyatuan tanpa syarat jelas mencerminkan kesediaan kepimpinan parti untuk bergerak ke hadapan. Kini persoalannya bukan lagi sama ada pintu itu terbuka atau tidak, tetapi siapa yang benar-benar berani melangkah masuk dengan keikhlasan.
Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO hanya kuat apabila ahlinya bersatu. Ketika parti menghampiri ulang tahun ke-80 penubuhannya, masa depan UMNO tidak akan ditentukan oleh mereka yang terus memecah-belahkan saf perjuangan, tetapi oleh mereka yang memilih untuk kembali bersatu demi kelangsungan perjuangan parti yang telah membina negara ini sejak sekian lama.
Justeru, ego, dendam dan perbezaan lama wajar diketepikan demi mengembalikan kekuatan parti. Hanya melalui kesatuan yang ikhlas, UMNO mampu terus kekal kukuh dan relevan dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, insyaAllah.

Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)
Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.