‘Rider’ dapat ‘order’ ziarah kubur, tabur bunga
‘Rider’ dapat ‘order’ ziarah kubur, tabur bunga

JAKARTA – Seorang pemandu e-hailing di Indonesia terkejut apabila menerima pesanan untuk menziarah sebuah kubur dan menaburkan bunga ke atasnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Situbondo, wilayah Jawa Timur baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pekerja itu membawa plastik berisi bunga lalu ditaburkan di atas sebuah kubur.
Pemandu berkenaan berkata, pesanan itu dibuat oleh anak si mati kerana dia berada di luar bandar dan tidak dapat pulang ke rumah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Nasib baik tidak salah kubur,” kata seorang netizen.
“Saya pernah menerima pesanan untuk angkat baju pelanggan biar tidak kena hujan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
‘Rider’ dapat ‘order’ ziarah kubur, tabur bunga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.