Rexy dedah punca Aaron-Wooi Yik terlepas gelaran
Rexy dedah punca Aaron-Wooi Yik terlepas gelaran

Kuala Lumpur: Pengarah kejurulatihan beregu kebangsaan, Rexy Mainaky memuji peningkatan dipamerkan barisan beregu lelaki negara sepanjang kempen Seluruh England yang berakhir kelmarin, khususnya pasangan muda yang semakin menonjol.
Jurulatih dari Indonesia itu menyifatkan prestasi keseluruhan beregu lelaki negara sebagai memuaskan dengan pemain senior dan pelapis masing-masing menampilkan persembahan positif.
Menurut beliau, hanya gandingan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dilihat beraksi sedikit di bawah tahap sebenar berbanding pasangan lain.
“Saya rasa untuk kali ini di Seluruh England saya perlu memuji beregu-beregu muda juga. Hanya prestasi Hon Jian-Haikal saja yang sedikit di bawah tahap sebenar.
“Tapi kalau kita lihat Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, Man Wei Chong-Tee Kai Wun walaupun keadaan fizikal belum cergas sepenuhnya, terutama Wei Chong yang masih dalam proses pemulihan kecederaan lutut, mereka masih mampu mara hingga suku akhir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
“Kang Khai Xing-Aaron Tai pula menewaskan pasangan utama India dan memberi tekanan kepada pasangan China. Secara keseluruhan prestasi beregu lelaki cukup baik, sama ada pemain senior atau pelapis,” katanya.
Pada kejohanan Super 1000 itu, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua manakala Wei Chong-Kai Wun melangkah ke suku akhir sebelum tewas kepada rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Dalam masa sama, bekas juara remaja dunia Khai Xing-Aaron turut mencuri perhatian apabila melakar kemenangan terbesar dalam karier dengan menewaskan pasangan nombor empat dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada pusingan pertama dalam penampilan sulung mereka di Seluruh England.
Bagaimanapun, langkah pasangan muda negara itu terhenti di pusingan kedua selepas memberi tentangan sengit kepada gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi.
Sementara itu, Rexy turut mengulas kekalahan Aaron-Wooi Yik kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada aksi final.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Menurut beliau, perubahan taktikal dilakukan pasangan Korea pada set kedua memberi tekanan kepada wakil negara selain beberapa kesilapan mudah pada mata penting turut menjadi faktor kekalahan.
“Di set kedua Korea tukar corak permainan, mereka tidak mahu banyak buat lambungan dan bermain secara flat. Itu menyebabkan Aaron-Wooi Yik melakukan beberapa kesilapan.
“Set ketiga sebenarnya bermula baik, tetapi ketika mendahului 12-7 dan 16-15 berlaku beberapa kesilapan mudah. Smash yang keluar ketika kedudukan itu menjadi turning point yang memberi keyakinan kepada Korea.
“Pada mata-mata kritikal kita harus beri kredit kepada Korea kerana mereka lebih tenang,” katanya.
Rexy dedah punca Aaron-Wooi Yik terlepas gelaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.